Terdapat sebuah "group" yang diwujudkan di laman sosial Facebook yang menyokong pergerakan untuk memurtadkan Umat Islam di Malaysia. Agak mengejutkan apabila terdapat beberapa nama YB-YB Pakatan Haram yang turut sama menganggotai "group" berkenaan. Sedar atau tidak, sengaja atau sebaliknya, mereka inilah dalang-dalang yang menyokong pergerakan memurtadkan Umat Islam di Malaysia dan juga Singapura.
YB-YB berkenaan adalah seperti YB Xavier Jayakumar, YB Charles Santiago, YB Gan Pei Nei, YB Dr Boo Cheng Hau dan YB Ean Yong Hian Wah. Terdapat juga nama-nama penting di dalam Pakatan Haram yang turut sama menganggotai "group" untuk memurtadkan Umat Islam seperti Setiausaha Sulit YAB Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, Raja Petra Kamaruddin, Harris Ibrahim dan Bernard Khoo.
Patutlah nampak usaha berterusan untuk menekan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dilakukan secara teratur dan sistematik di Selangor dalam isu gejala murtad orang Islam yang dilakukan oleh DUMC. Kalau melihat daripada senarai ahli penyokong murtad seperti di bawah, tidak kurang daripada 3 orang YB-YB adalah dari ADUN Selangor.
Apakah Umat Islam Selangor sudah buta mata dan telinga sudah menjadi pekak. Tidak nampakkah hala tuju yang mahu dibawa oleh Pakatan Haram Selangor. Ubahlah di dalam PRU13 kalau kita tidak mahu anak cucu kita menjadi mangsa murtad YB-YB berkenaan.
Cucu Tok Selampit
Post a Comment