Label 10

Home » » BEZA ANTARA BAJET 2012 KERAJAAN BN DAN BAJET EMOSI ANWAR !!

BEZA ANTARA BAJET 2012 KERAJAAN BN DAN BAJET EMOSI ANWAR !!

Written By AAKJ on Saturday, October 8, 2011 | 3:51 PM


Klik untuk besarkan imej



Satu analisa mantap dari pakar yang ingin kongsikan bersama pembaca MyMassa.

Kesimpulan yang kami boleh buat adalah Bajet Kerajaan lebih realistik daripada pembangkang. Bajet pembangkang janjikan bintang dan bulan sedangkan bajet Kerajaan akan membawa Malaysia setapak lebih hampir dengan wawasan 2020.


Bajet 2012 boleh bantu BN tapi bukan penentu sokongan mutlak

Oleh Syed Mu’az Syed Putra 
October 07, 2011 

KUALA LUMPUR, 7 Okt — Walaupun Pakatan Rakyat menawarkan lebih banyak faedah melalui Bajet 2012 kepada rakyat, namun pemerhati politik berpendapat belanjawan diumumkan Putrajaya hari ini lebih realistik dan menguntungkan setiap lapisan masyarakat dengan berpijak kepada kemampuan negara. 

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, rata-rata pemerhati politik menyifatkan pentadbiran Najib melalui pengumuman Bajet 2012 akan mempengaruhi sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13. 

Malah mereka juga mengatakan sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat ia akan memberikan kesan positif kepada kerajaan Barisan Nasional


(BN) pimpinan Najib.
“Sudah tentu ia akan mempengaruhi pola mengundi kerana bajet yang diumumkan memberikan tumpuan kepada keseluruhan lapisan masyarakat, contohnya kalau kita kata semua kakitangan awam boleh mengundi, mereka yang berpendapatan di bawah RM3,000, golongan beliau, pesara dan bekas anggota tentera atau polis yang boleh mengundi sudah tentu ia akan beri kesan yang besar kepada BN. 

“Kalau kita lihat bajet Pakatan Rakyat telah diumumkan tapi bukan guna duit mereka, jadi mereka boleh buat yang lebih baik tapi pembentangan Najib lebih realistik dan Najib umumkan perkara-perkara yang mampu diberikan kerajaan kepada rakyat,” kata pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Samsul Adabi Mamat. 

Jelas beliau, Bajet 2012 yang memperuntukkan RM232.8 bilion dengan defisit 4.7 peratus bukanlah “bajet pilihan raya” seperti mana yang didakwa sesetengah pihak. 

“Kalau nak kata bajet pilihan raya ia kurang tepat, ada bau-bau sikit tapi masih bajet transformasi, Najib tidak menjanjikan bulan dan bintang tapi berdasarkan kemampuan kerajaan dan apa yang penting bajet kerajaan realistik dan masih berpijak di bumi yang nyata sebab kalau nak kata untuk pancing sokongan rakyat sudah tentu bajet yang diumumkan akan jadi lebih luar biasa tapi saya tidak nafikan ia sebahagian semangat pilihan raya tapi masih realistic. 

“Bajet pembangkang memang rakyat suka tapi pertamanya apakah mereka tahu apa yang berlaku dalam kerajaan, bajet pembangkang memang memberikan untung kepada rakyat, kalau lihat fatamorgana janji memang Pakatan Rakyat beri lebih matfaat tapi dari segi realistik bajet yang berpijak kepada kemampuan negara, keikhlasan pemimpin dan kalau kita teliti bajet yang diumumkan Najib memang menguntungkan rakyat, sudah memadai,” katanya. 

Samsul menambah: “Kita bukan nak lihat janji tapi realiti sebenar, kalau nak bagi janji BN boleh beri lagi banyak dan ini yang perlu diteliti rakyat lagipun belum tentu pembangkang boleh tunaikan janji.” 

Dengan bajet bertemakan “Dasar Transformasi Nasional — Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”, Perdana Menteri telah mengumumkan pelbagai insentif kepada rakyat termasuk kakitangan awam, warga emas, ibubapa, peneroka, pesara kerajaan selain turut memberikan tumpuan dari aspek pembangunan dan ekonomi. 

Selasa lalu, Pakatan Rakyat telah mengumumkan Bajet 2012 dengan peruntukan sebanyak RM220 bilion yang menekankan beberapa aspek penting seperti peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dan menyediakan RM5.9 bilion lagi bagi kenaikan gaji 1.3 juta kakitangan awam -atas alasan mahu membantu mengurangkan kos sara hidup. 

Pengarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara Prof Madya Shaharuddin Baharuddin berkata walaupun bajet yang diumumkan memberi faedah kepada rakyat, namun ia bukan penentu BN akan terus menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13. 

“Ia memanglah bajet tentang pilihan raya umum kerana semua dapat habuan masing-masing, kalau kita lihat kakitangan awam dapat bonus, pesara, warga emas, pemandu teksi juga dapat. 

“Maknya ia adalah bajet pilihan raya tapi ia bukan penentu kerana ia masih bergantung kepada saat-saat akhir sebelum pilihan raya umum tapi perkara ini boleh menjadi satu perkara yang baik kepada BN,” katanya. 

Jelas beliau, sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan dalam tempoh terdekat BN akan menerima kesan yang positif. 

“Kalau buat dalam tempoh terdekat ia akan beri impak yang besar kepada BN kerana keseluruhan rakyat mendapat faedah hasil bajet kali ini,” katanya. 

Seorang lagi penganalisis politik Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata pembentangan Bajet 2012 yang memberikan tumpuan kepada rakyat menunjukkan ekonomi negara berada dalam kedudukan stabil. 

“Berkenaan dengan bonus, hapuskan yuran sekolah dan faedah kepada masyarakat awam terutamanya golongan menengah ke bawah adalah sasaran bajet kali ini, ia memperlihatkan bajet ini walaupun jumlahnya agak tinggi tapi memperlihatkan ekonomi negara, jadi rakyat ada duit lebih. 

“Memandangkan ini bajet terakhir sebelum pilihan raya umum, elemen bantuan kewangan mencerminkan keprihatinan kerajaan dan pada masa sama memancing rakyat... bajet ini juga menunjukkan ekonomi negara masih stabil dan saya lihat ia satu ruang yang baik yang mana kerajaan mahu pastikan ekonomi terus stabil dan meneruskan pemberian bantuan untuk meringangkan beban rakyat,” katanya. 

Bagaimanapun Azizuddin menegaskan ia bukan penentu kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13, namun “tempias positif” akan diterima parti pemerintah itu. 

“Ia bukan penentu tapi kalau kita lihat ia positif kepada rakyat terutamanya golongan sederhana yang menjadi majoriti pengundi dan yang paling utama adalah kakitangan awam dan ia akan beri tempias positif kepada BN. 

“Mengenai bajet Pakatan Rakyat susah nak kata, saya tidak boleh nak kata mana yang lebih baik lagipun belum pasti Pakatan Rakyat boleh laksanakan... bajet yang dibentangkan tadi positif kepada BN tapi untuk pilihan raya ada banyak perkara perlu diberi tumpuan terutamanya ekonomi,” katanya.

MYMASSA
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger