Apabila Datuk Seri Najib dan isteri mengenepikan sepina dari pasukan pembelaan Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya yang sedang berlangsung sekarang ramai yang mengatakan Najib dan Rosmah takut untuk berdepan dengan Anwar dan berbagai-bagai tohmahan lagi.
Jika mengikut keterangan-keterangan yang diberikan oleh Saiful kepada mahkamah sebelum ini, Najib dan isteri tidak perlu sama sekali untuk disepina oleh peguam-peguam Anwar. Tujuan mereka lakukan semua itu bukannya dengan niat hendak mencari kebenaran tetapi dengan niat dan tujuan politik.
Saiful dalam keterangan sebelum ini telah menyatakan beliau tidak pernah berjumpa dengan Rosmah, tetapi Saiful mengakui beliau ada berjumpa Najib, dan Najib hanya berkata beliau serahkan kepada Saiful sendiri untuk mengambil apa tindakan yang sepatutnya. Semua peguam-peguam Anwar tahu perkara tersebut. Akan tetapi mereka tetap hendak mengheret Najib dan isteri ke mahkamah untuk tujuan politik mereka serta untuk memalukan Najib.
Memang wajar Najib dan Rosmah mengenepikan sepina tersebut . Kenapa perlu Najib perlu terjerumus dengan kancah permainan Anwar dan peguam-peguamnya ?
Najib dan Rosmah bukan orang yang sepatutnya disepina oleh peguam-peguam Anwar. Orang yang sepatutnya mereka sepina adalah:
-Bekas KPN , Tan Sri Musa HassanMereka-merekalah yang sepatutnya disepina kerana mereka-mereka yang banyak berhubung dengan Saiful berhubung kejadian liwat tersebut. Tetapi Anwar dan barisan peguamnya tidak berani sepina mereka semua kerana takut banyak perkara yang akan terbongkar.
-Bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Rohdwan Yusof.
-Bekas KP PKR, Ezam Md Nor
-Bekas pembantu peribadi Anwar, Rahimi Othman
(*Mahu kami selit sekali Rashid dan Zulkifli Nordin yang pernah jadi peguam Anwar dan kini sanggup di sapina)
Baca sepenuhnya di Selangordaily dotcom sini
Post a Comment