Seorang lagi blogger pro pakatan menghina institusi kesultanan negeri selangor, blogger yang menggelarkan dirinya ameno world secara terang-terang menghina dan memperlekehkan titah tuanku sultan selangor berhubung keputusan jais dalam pemeriksaan mereka keatas gereja dumc dalam facebook nya.
Ini bukan kali pertama sultan selangor di hina oleh blogger pro pakatan haram, tak silap aku ini kali kedua, dulu semasa pilihanraya kecil kerdau, seorang blogger pakatan yang telah kehabisan modal untuk berkempen bagi pihak pakatan telah menghina sultan selangor, malangnya dia di bebaskan oleh pihak skmm kerana skmm lembik dan tak reti macam mana nak siasat dia, blogger itu kini berada di singapura setelah di bawa keluar oleh tony puah.
Kenapa semakin ramai blogger pakatan berani menghina sultan, jawapan aku mudah je, skmm lembik dan mereka lebih tertarik mendakwa blogger pro kerajaan, blogger seperti papa gomo, pisau dan lain-lain kerap di panggil oleh skmm kerana isu video seks anwar, skmm melihat isu video seks anwar lebih penting dan mampu menggugat keselamatan negera berbanding dengan perangai blogger pakatan yang menghina sultan.
Kerap aku dengar, skmm kata tak ada report kalau apa yang blogger pakatan buat, memanglah kami atau pembaca tak buat report, tapi skmm masih mampu dan boleh bertindak, takan itu pun aku nak ajar kut, aku nak tengok bila mamat blogger ameno world ni di tahan oleh skmm, itu pun kalau skmm berani la... silap-silap orang yang hina sultan selangor tu tak di tahan, aku pulak yang kedalam.
Post a Comment