Label 10

Home » » ANJING UPAHAN MULA HINA ISTANA AGONG !! KUASA MELAYU !!

ANJING UPAHAN MULA HINA ISTANA AGONG !! KUASA MELAYU !!

Written By AAKJ on Tuesday, October 4, 2011 | 12:19 PM


Ada kalanya aku berasa hairan juga kenapa budak-budak pembangang(PR) ini bersifat kurang hajar, tidak tahu hendak menghormati Sultan dan  Raja-Raja Melayu? Adakah mungkin kerana mereka ini tidak pernah pergi sekolah agaknya?

Kalau pergi kesekolah sudah tentu mereka tidak lupa dengan rukun negara yang mereka ikrar sewaktu disekolah dulu....

Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara.



Apa motif minah ni untuk mempersoalkan kos membangunkan semula Istana negara, dengan secara sinis juga minah pembangang ini membidas dan mempersendakan Raja-Raja melayu.

Dia langsung tiada ada rasa hormat terhadap Raja-Raja Melayu! apa dia fikir kepala dia sudah cukup besar agaknya, sesuka hati dia saja nak memperlekehkan Raja-Raja melayu? Tahniahlah kepada pemimpin pembangkang yang telah melahirkan rakyat yang biadap kepada Raja-Raja Melayu!

Selain dari pada itu minah ni membawa keluar gambar didalam istana dengan tanpa kebenaran dari pihak istana negara... bahaya budak ni, silap-silap boleh jahanam negara jika pembelot seperti dia ni dibiarkan begitu sahaja...

Katanya gambar-gambar tersebut dia dapat melalui email (salah satu untuk menyelamatkan dirinya) ok lah.. Siapa yang emailkan gambar-gambar tersebut! Bukan senang boleh masuk dalam Istana Negara tanpa urusan?

Mungkin dia dapat dari pihak atasan Pakatanis yang cuba mencemar nama baik Raja-Raja Melayu! Aku juga percaya ada gerakan yang dilakukan oleh Pakatanis untuk menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara yang telah sekian lama kita bina.

Baca di sini betapa biadapnya blogger pembangang tersebut!
Share this article :

+ comments + 1 comments

October 4, 2011 at 12:34 PM

itu bukan gambar dia..dia main sebat je gambar orang lain..dia ingat boleh lepas kat akhirat ke sebab fitnah budak perempuan tu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger