WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Program kanak-kanak Sesame Street kembali ke alam siber kelmarin selepas siarannya di saluran YouTube menjadi sasaran beberapa penggodam tidak dikenali yang menggantikan watak Ernie, Abby, Big Bird and the Cookie Monster dengan video lucah.
Laman perkongsian video YouTube milik Google menarik balik saluran tersebut pada Ahad lalu apabila program kanak-kanak itu digantikan dengan klip video dewasa berjudul: Kandungan Terbaru Sesame Street Khusus Untuk Kanak-Kanak! Dibawa Kepada Anda Oleh Mr EdWxwx.
“Kami memohon maaf atas masalah yang dialami para penonton kami berhubung siaran Sesame Street di saluran YouTube,” kata satu kenyataan di laman web www.youtube.com/sesamestreet selepas program itu pulih.
Seorang jurucakap YouTube memberitahu agensi berita AFP: “Garis panduan komuniti YouTube melarang penyiaran bahan lucah. Seperti biasa, kami membuang kandungan tidak bersesuaian sebaik sahaja kami dimaklumkan mengenainya,”.
Program Sesame Street di YouTube memiliki hampir 500,000 penonton berbayar. – AFP
Post a Comment