HIASE
KUALA LUMPUR: Tindakan pantas seorang jurutol berusia 25 tahun menyekat palang tol selepas seorang lelaki menunjuk kemaluannya berhasil apabila lelaki berkenaan berjaya diberkas di Plaza Tol Kerinchi, di sini kelamrin.
Difahamkan, jurutol berkenaan sedang menjalankan tugas seperti biasa kira-kira jam 9.40 malam apabila seorang lelaki yang memandu kereta jenis Proton Wira berwarna biru berhenti untuk membayar tol.
Menurut sumber, lelaki berkenaan dipercayai sengaja melengah-lengahkan masa ketika mahu membuat bayaran tol.
"Beberapa ketika kemudian lelaki itu tiba-tiba bertindak mengeluarkan alat sulitnya sebelum menunjukkan kepada mangsa.
"Mangsa yang bengang dengan perbuatan jijik itu kemudian menurunkan palang tol bagi menghalang lelaki berkenaan melarikan diri," katanya.
Sumber berakat, mangsa kemudian memanggil penyelia bertugas untuk menangkap lelaki berkenaan sebelum keluar dan memanggil beberapa pengawal serta rakan setugas yang lain.
Katanya, lelaki berkenaan tidak mampu meloloskan diri kerana dikepung dan pihak pengurusan bertindak menghubungi polis trafik bertugas bagi memberkas lelaki terbabit.
Sebaik polis trafik tiba, mereka menyerahkannya untuk dibawa ke balai polis.
Sementara itu, ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan ada menerima laporan mengenai kes itu dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
HM 29/10/2011
Post a Comment