Label 10

Home » » 17SX !! IBU TINGGALKAN ANAK D KAFE CYBER KERANA NAK BERZINA !!

17SX !! IBU TINGGALKAN ANAK D KAFE CYBER KERANA NAK BERZINA !!

Written By AAKJ on Thursday, October 13, 2011 | 7:07 AM

 


JERTIH - Seorang ibu tergamak meninggalkan anaknya yang baru berusia sembilan tahun seorang diri di tempat awam pada waktu tengah malam semata-mata kerana hendak berasmara dengan teman lelakinya di bilik hotel.

Lebih mengaibkan, ibu yang berusia 37 tahun itu masih bersuami, manakala kekasihnya yang berusia 39 tahun, suami orang.

Gejala tidak senonoh pasangan itu terbongkar kira-kira 12.30 tengah malam kelmarin apabila sekumpulan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Besut (PADB), Majlis Daerah Besut (MDB) bersama anggota polis menjalankan operasi mencegah maksiat dan jenayah, menemui kanak-kanak itu ditinggalkan ibunya seorang diri di kafe siber sebuah hotel di sini.

Ibu kanak-kanak itu kemudian ditemui dalam sebuah bilik hotel bersama seorang lelaki tanpa ikatan sah yang pada mulanya diakui sebagai suaminya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, pasangan itu diserahkan kepada PADB untuk tindakan lanjut.

SH
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger