AgendaDaily melaporkan semasa wartawannya menemui Mohamad Sabu, semasa jamuan hari raya anjuran Pas Pusat di Taman Melewar baru-baru ini, Timbalan Presiden PAS itu enggan memberi sebarang komen tentang rakaman perbualan telefon berunsur seks di YouTube yang didakwa suaranya dengan seorang isteri orang.
Timbalan Presiden PAS itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menyebut ‘no komen’ sebanyak tiga kali apabila wartawan bertanya kepadanya tentang isu tersebut.
Soalan pertama yang ditanya ialah sama ada beliau sudah mendengar rakaman itu dan dijawabnya tiada komen.
Beliau juga menjawab tiada komen apabila ditanya sama ada mahu menafikan suara di dalam rakaman itu atau sebaliknya.
Sekali lagi Mat Sabu berkata tiada komen ketika ditanya mahu menyaman pihak yang menyiarkan rakaman itu.
Portal berita tersebut mendakwa, nadanya agak serius apabila menjawab soalan yang ketiga itu.
Kandungan Rakaman Dalam Youtube
Rakaman berdurasi 23:21 minit yang dimuat turunkan oleh channel tvtrimatra pada 8 Sept. mengandungi beberapa segmen yang kesemuanya berkaitan dengan kronologi skandal seks Mat Sabu dengan Normah Abdul Halim pada tahun 1984 di Kota Bharu Kelantan.
Mat Sabu ketika itu adalah Ahli Parlimen PAS, Nilam Puri, Kelantan, manakala Normah Abdul Halim adalah isteri kepada sahabat baik Mat Sabu sendiri iaitu Bukhari Hj Noor.
Rakaman itu bermula dengan ceramah Mat Sabu di Km 3, Jalan Putera, Mergong pada 8 April 1995 yang menceritakan kes khalwatnya bersama Normah Abdul Halim yang dibicarakan di Mahkamah Syariah, Kota Bharu.
Kemudian disertakan dengan rakaman perbualan telefon Mat Sabu-Normah – Disember 1994
Rakaman perbualan 1
Mat Sabu (MS) : Sakitlah kepala. “Kepala bawah” tak… (mereka berdua ketawa).
Ok, malam ni jumpa.
Normah : Tak cuba.
MS : Tak..tak
Normah : Tipu
MS : Tak, sungguh.
Normah : Cakap betul-betul.
MS : Ok, Mah.
Normah : Cakap betul-betul.
MS : Betul.
Normah : Tipu. You cuba tak? Cuba ke tak cuba?
MS : Tak cuba pun sakit!
Normah : Hei, mana boleh dua hari tak telefon, mesti cuba.
MS : Cuba..
Normah : Iya?
MS : Okay Mah ya..
Normah : Okay
MS : Mah rindu ?
Normah : Tipu..tipu..tipu
MS : Nak peluk, nak cium.
Normah : Tipu..
MS : Nak peluk, nak cium, nak hisap semua. Ok, baik.
Normah : Eleh…
MS : Ok, baik. Assalamualaikum.
Normah : Tu tak sakit pun.
MS : Tak nak cium, nak hisap semuanya.
(Normah ketawa).
Baik, Mah.
Normah : Nanti dulu…
MS : Okay..
Normah : Nanti dulu. Malam ni confirm dia sampai kat sini?
MS : Ok, baik..baik.
Baca seterusnya di AIDC
Post a Comment