Selepas Nurul Izzah, seorang lagi anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijangka bertanding di parlimen Nibong Tebal dalam pilihan raya umum akan datang.
Desas desus itu diperkuat apabila Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman mengesahkan bahawa cabang PKR Nibong Tebal menamakan Nurul Nuha sebagai calon berpotensi untuk bertanding di parlimen tersebut.
“Namanya muncul sebulan lalu. Ia akan disahkan sama ada beliau calon akhir. Semuanya akan diumumkan sebelum pilihan raya umum,” kata Mansor seperti dilaporkan akhbar Barbahasa Cina, China Press.
Parlimen Nibol Tebal pernah dimenangi oleh Tan Tee Beng calon dari PKR pada Pilihanraya Umum ke-12.
Namun, Tan Tee Beng bertindak keluar dari PKR dan menjadi anggota Parlimen Bebas pada tahun lalu, dan seterusnya menyertai parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) selepas hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR.
TQ AIDC
Post a Comment