Kami merujuk kepada kisah serbuan ke atas ajaran Syiah di Melaka beberapa bulan lepas. Rupanya ini ada kaitan dengan air mineral sihat power luar biasa berjenama ECPI. Bernaa melaporkan berikut:
Melaka siasat dalang sebar fahaman SyiahBlog Pejuang Melaka sini bertanya ECPI ke?
Kerajaan negeri Melaka menerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menyiasat individu yang menjadi dalang kepada penyebaran fahaman Syiah di negeri ini bagi mengekang fahaman itu daripada menular kepada orang ramai.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata individu itu yang dipercayai pengasas kepada sebuah produk minuman kesihatan yang dikeluarkan di negeri ini.
"Kita akan mengmbil tindakan sewajarnya termasuk membatalkan lesen syarikat tersebut yang mempunyai sebuah kilang mengeluarkan produk itu di sini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Khatam Al-Quran Perdana di Masjid Tun Syed Ahmad Al-Haj di Melaka hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) yang menyerbu sebuah rumah di Taman Paya Dalam yang dipercayai markas Syiah di negeri ini.
Dalam serbuan itu, sejumlah 35,000 buah buku dan risalah fahaman itu yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditemui dan siap dibungkus untuk diedarkan melalui pos ke seluruh masjdi dan jabatan kerajaan.
"Buku dan risalah yang dirampas oleh JAIM dan enam remaja yang ditahan ketika serbuan itu akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang dan enakmen kerajaan negeri," katanya.
Mohd Ali berkata semua masjid dan surau di negeri ini yang pernah menerima sumbangan minuman kesihatan itu juga diarah tidak lagi menerimanya.
"Kita tidak tahu sebelum ini individu itu berselindung di sebalik produk yang dikeluarkannya untuk menyebarkan fahaman Syiah," katanya.
Produk minuman kesihatan itu agak popular di negeri ini dan kini dilaporkan mengembangkan sayapnya ke Lembah Klang menerusi usahasama dengan sebuah syarikat dari negara China.
Mohd Ali juga berkata tiada masjid di negeri ini yang menyebarkan fahaman Syiah. - Bernama
Menurut cerita-cerita orang di Melaka, jenama air ECPI yang bernilai mahal adalah cara syiah membiayai jariangan mereka. Air yang dijual pada harga setinggi RM7-8 sebotol besar itu adalah terlalu mahal.
Blog Aidid Mu'addib sini mendedahkan ECPI sebagai satu pembohongan
Teknoloji yang dikatakan diguna untuk Electro Lustered Positive Ion Water tidak lojik langsung dari segi penerangan saintifiknya.
Dengan harganya yang mahal, ianya dapat dijual sebagai Multi Level Marketing (MLM) dan terbina jaringan syiah yang ada kepentingan komersil dan menjana kewangan untuk pergerakan mereka.
Blog tersebut mendedahkan ijazah, universiti dan qualification doktor-doktor yang disebut dalam laman web dan brishur adalah penipuan belaka.
Macam manalah air dan doktor jurucakap penipu ini boleh keluar di TV3?
Penganut syiah mungkin ada kaitan dengan PAS dan Timbalan PAS, Mat Sabu yang dipercayai adalah penganut ajaran syiah. BUat masa ini, pergerakan politik syiah di Melaka masih belum dikenalpasti. Politik syiah adalah revolusioner dan ganas. Seteru besar pada mereka adalah ajaran sunni.
Adakah ini akhirnya akan berubah menjadi politikal?
Post a Comment