Label 10

Home » » TERKINI !! POLIS MULAKAN SIASATAN VIDEO ANWAR LANGGAN PELACOR !! HABIS KALI NI !!

TERKINI !! POLIS MULAKAN SIASATAN VIDEO ANWAR LANGGAN PELACOR !! HABIS KALI NI !!

Written By AAKJ on Thursday, September 22, 2011 | 9:40 AM

Laporan Anwar: Polis buka kertas siasatan

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Polis sudah membuka kertas siasatan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa membuat laporan palsu bagi menafikan beliau ialah pelaku dalam video aksi seks yang tersebar pada Mac lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan kes tersebut dibuka selepas ada pihak membuat laporan polis baru-baru ini.
Ismail bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai perkembangan kes tersebut kerana ia masih dalam siasatan.

"Berpandukan kepada aduan yang diterima, kita siasat kes ini mengikut prosedur dan justifikasi perundangan negara.

"Kertas siasatan sudah buka dan sekarang kita sedang menjalankan siasatan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pelancaran Perkhidmatan Triaj Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Travers di sini, hari ini.

Ismail mengulas mengenai desakan orang ramai yang meminta polis tidak menunggu kes liwat membabitkan Anwar selesai di mahkamah sebelum menyiasat laporan yang dibuat pemimpin itu sebelum ini.

Pergerakan Puteri UMNO sebelum ini membuat laporan polis berhubung tindakan Anwar membuat laporan palsu menafikan penglibatannya dalam video seks yang didedahkan trio Datuk T.

utusan
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger