Blog Angin Perubahan sini menyiarkan berita berikut:
Dengan demikian, ini bermakna pihak JAIS sudah tahu status akidah kumpulan 12 ini. Adakah ini kaunseling atau cover-up?
Dari Ogos 3hb tarikh kejadian, sekarang dah lebih sebulan. Laporan patut dah siap. Adakah sengaja dilambatkan Khalid Ibrahim dan Hearing Committee?
Seramai 12 umat Islam, yang berada dalam sebuah gereja di Damansara Utama ketika pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) baru-baru, tampil memberi keterangan dan menerima kaunseling di pejabat jabatan itu di Bangunan Sultan Idris Shah, pada 15 Ogos 2011.
Seramai tiga lelaki dan sembilan wanita yang berusia antara 20-an dan 40-an dilihat tiba secara berperingkat mulai 9.15 pagi hingga 1 petang.
Turut kelihatan berada di Bilik Mesyuarat, tempat keterangan itu diambil, ialah Pengarah Jais Marzuki Hussin dan Timbalan Mufti Negeri Selangor Datuk Abdul Majid Omar.
Menurut sumber, mereka diberi kaunseling secara kumpulan kecil antara dua dan tiga orang oleh beberapa pegawai Jais dan Jabatan Mufti Selangor.
Difahamkan bahawa proses mengambil keterangan dan diberi kaunseling itu berakhir sehingga lewat petang.
Jais memanggil kesemua 12 individu itu memberi keterangan hari ini selepas mereka gagal berbuat demikian pada 9 Ogos lepas.
"Sebahagian daripada mereka hadir dengan ditemani peguam masing-masing," kata sumber itu.
Maklumat lanjut mengenai proses memberi keterangan dan kaunseling gagal diperoleh daripada Marzuki yang enggan bertemu pihak media dan tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.
Malah, seorang petugas Jais meminta pihak media yang menunggu di Tingkat 6 bangunan itu supaya beredar.
Pihak media yang kemudiannya menunggu pula di kawasan pejabat Marzuki turut diminta oleh pengawal keselamatan untuk beredar setelah menerima arahan daripada 'pihak atasan'.
Dengan demikian, ini bermakna pihak JAIS sudah tahu status akidah kumpulan 12 ini. Adakah ini kaunseling atau cover-up?
Dari Ogos 3hb tarikh kejadian, sekarang dah lebih sebulan. Laporan patut dah siap. Adakah sengaja dilambatkan Khalid Ibrahim dan Hearing Committee?
Post a Comment