Label 10

Home » » TERIMA KASIH BN !! PERALATAN HOSPITAL UNTUK RAKYAT !!

TERIMA KASIH BN !! PERALATAN HOSPITAL UNTUK RAKYAT !!

Written By AAKJ on Thursday, September 1, 2011 | 10:13 AM


TIONG LAI (kiri) menyampaikan sumbangan kuih raya kepada petugas Jabatan Kecemasan HKL di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan akan menggantikan kelengkapan perubatan yang usang di beberapa unit di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebaik sahaja permohonan peruntukan RM45 juta diluluskan kerajaan.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, antara unit terbabit ialah Unit Rawatan Rapi dan Unit Penjagaan Koronari.
“Permohonan peruntukan itu sudah dipanjangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk pertimbangan,” katanya kepada pemberita selepas melawat warga HKL sempena sambutan Aidilfitri di sini semalam.

Selain itu, Tiong Lai berkata, HKL kini dalam proses naik taraf meliputi antaranya pembinaan tempat letak kereta bertingkat dan blok baru bernilai RM600 juta bagi Hospital Ibu dan Anak.

“Blok baru Hospital Ibu dan Anak ini akan dibina tahun depan. Sekarang ini kita dah ambil tender dan kita juga akan tempatkan 400 buah katil tambahan untuk blok ini,” katanya.

Selain itu, HKL juga bakal mempunyai pusat jagaan harian iaitu Ambulatory Care Centre (ACC) bernilai kira-kira RM90 juta yang menempatkan semua pakar bagi pesakit mendapatkan rawatan harian, rujukan dan susulaN


Kosmo!
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger