Label 10

Home » » SIASATAN MENYELURUH KES RAKYAT MALAYSIA D TEMBAK D SOMALIA !!

SIASATAN MENYELURUH KES RAKYAT MALAYSIA D TEMBAK D SOMALIA !!

Written By AAKJ on Sunday, September 4, 2011 | 9:58 AM


hiase

 

Kerajaan Somalia janji siasat insiden tembakan

PUTRAJAYA 3 Sept. - Presiden Somalia, Sharif Sheikh Ahmed menyampaikan ucapan takziah dan kekesalan beliau atas kematian jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd. Nor yang terbunuh kerana tembakan peluru sesat di Mogadishu semalam.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, ucapan takziah itu disampaikan oleh presiden berkenaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa pemimpin Somalia itu menghubungi Najib.

Anifah berkata, kerajaan Somalia juga memberi jaminan untuk menjalankan siasatan dan laporan yang menyeluruh berhubung insiden pahit tersebut.

"Menteri Dalam Negeri Somalia telah menjanjikan kita siasatan serta laporan yang rapi. Presiden Somalia telah menghubungi Perdana Menteri untuk menyampaikan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham Noramfaizul serta kekesalan beliau di atas kejadian tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anifah berkata, pasukan keselamatan Somalia juga memberi kawalan yang ketat kepada pasukan sukarelawan berkenaan yang telah memendekkan tempoh operasi mereka di negara yang sedang dilanda krisis kebuluran tersebut.

Sementara itu, punca kejadian tembakan peluru sesat yang menyebabkan kematian jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor di sini pada Jumaat, akan disiasat Kementerian Keselamatan Dalam Negeri Somalia.

Menteri berkenaan, Abdisamad Maallin Mohamud seperti dipetik oleh Bernama hari ini berjanji dalang di sebalik kejadian itu dicari dan dihadapkan ke mahkamah.

Abdisamad meminta maaf terhadap tragedi itu dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan seluruh warga Malaysia berikutan kematian Noramfaizul.

"Ini (tembakan) bukannya daripada kerajaan...bukan daripada Al-Shabaab (pihak berkuasa). Ia dari tembakan pasukan lain dan kita akan menyiasat kenapa ini berlaku dan kenapa (rakyat Malaysia) diserang," kata Abdisamad.

Sementara itu, ketua misi bantuan, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, kemalangan yang meragut nyawa Noramfaizul itu sukar diterima rakyat Malaysia.
Menurut Abdul Azeez, beliau menuntut siasatan menyeluruh serta penjelasan daripada kerajaan Somalia berhubung kejadian itu.

"Kenapa pasukan tentera melakukan ini kepada kita. Ini kita tidak boleh terima. Mesti ada siasatan menyeluruh. Rakyat Somalia mesti mohon maaf kepada rakyat Malaysia."

"Suasana pilu di sini. Semua yang lain selamat. Semalam merupakan perjalanan terakhir tetapi terkena peluru sesat...tak tahu dari mana," kata Abdul Azeez.
Menurutnya, anggota perubatan kelab itu cuba sedaya menyelamatkan Noramfaizul tetapi gagal.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger