Mat Sabu merungut putus stim, dia calling-calling Normah. Lain pula dengan Husam. Bila dia putus stim, dia saman di mahkamah.
Mana tidak putus stim ... risalah yang sedang luas tersebar di Kelantan mendedahkan habis latarbelakang dan gerak kerja Husam yang begitu korot dan jijik dengan penyelewengan dan rasuah. Silap-silap boleh melepas peluang Naib President PAS Pis Puss ini untuk menggantikan N.Ajis.
Antara nama-nama yang terdapat dalam buku tersebut adalah Syed Azidi atau lebih dikenali sebagai KICKDEFELLA selain nama-nama seperti Mohd Sayuti Omar (MSO), Mohd Amin Pipet, Zulkifli Yaacob, Abdul Latif Hj Abdul Rahman, Ahmed Syukri, Dr. Rosli Alani dan beberapa nama lain.Siapa yang ingin baca pendedahan mengenai Husam ini, boleh baca sebahagiannya di ABITW sini
Antara pendedahan yang terdapat dalam buku bermukasurat 36 tanpa syarikat penerbit dan syarikat pencetak kecuali 'ditulis' oleh THE INSIDER, KOTA DARULNAIM, adalah tentang projek depu dan madu, kambing jamnapari, selain PROJEK PEREMPUAN CINA YANG DISIMPAN HUSAM MUSA di salah sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur.... Husam mendapati Kickdefella adalah seorang ahli UMNO bahkan pernah menjadi Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan amat anti Anwar Ibrahim. Husam membawa usul itu kepada Saifuddin Nasution Ismail dan Fadilat Ismail di dalam pertemuan makan tengah hari di rumah rakit Sungai Kelantan. Setelah mendapat persetujuan kedua-duanya, Husam menggunakan Setiausaha Politik MB, Anual Bakhri untuk meminta MB menandatangani surat tawaran perlantikan Kickdefella. Dengan tandatangan MB, Husan berharap tiada siapa akan mempertikaikannya. Tambahan pula Kickdefella diletakkan di bawah Perbadan Menteri Besar Kelantan...
(HUSAM MUSA, POLITIK WANG DAN KRONISME m/s 17-18)'Perangkap' yang dipasang oleh Kickdefella nampaknya telah mengena. Itulah yang banyak diperkatakan oleh sesiapa sahaja yang memerhatikan gaya politik Husam Musa di Kelantan dan dalam PAS Pusat secara keseluruhannya.
Mengheret Kickdefella ke mahkamah untuk urusan saman akan mendedahkan tentang Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad, Jihad Ternak Sdn Bhd, Projek Jihad Ternak Kerajaan Negeri, Telda Corporation Sdn. Bhd, Agarwood Industry (Kelantan) Sdn Bhd, Nakhlah Sepadu Sdn. Bhd, Yayasan Khumus dan sebagainya.
Justeru apabila Nik Abdul Aziz mengutarakan tentang hukuman hudud yang hendak dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Kelantan sehingga menimbulkan polemik baru dalam Pakatan Rakyat setelah Karpal Singh menentang secara terbuka, usaha Nik Abdul Aziz itu perlu disambut baik.
Dan seandainya benar berlakunya serta wujudnya Hukum Hudud di Kelantan, terlalu ramai sebenarnya yang ingin melihat hukuman hudud dijalankan ke atas Husam Musa. Nik Abdul Aziz pada masa yang sama, sudah tentu akan memberikan contoh yang terbaik kepada rakyat Kelantan agar tidak melanggar perintah Allah Taala dengan menghukum hududkan seorang ahli kerajaan negeri yang telah melakukan kesalahan.Hukuman hudud yang paling sesuai untuk HUSAM MUSA sudah tentulah POTONG TANGAN... mampukah Nik Abdul Aziz melakukannya atau dia akan berkilas, berkias atau menyalahkan UMNO-BN kerana membenarkan Kelantan melaksanakan hukuman hudud bagi menyelamatkan air mukanya dan amukan para pengikut Husam Musa yang bukan sahaja di kalangan ahli-ahli biasa, tetapi juga di kalangan para pemimpin PAS sendiri?
Flying Kick
Post a Comment