gambar hiase
12 Sami Bersembahyang Hajat Bagi Membantu Kemenangan Calon PAS di N.28 Kerdauhttp://www.kritis-online.com/index.php?option=com_content&view=article&id=119:12-sami-bersembahyang-hajat-bagi-membantu-kemenangan-calon-pas-di-n28-kerdau&catid=37:prk-kerdau-merlimau&Itemid=29
Kerdau 3 Feb 2011 - Tuan Ibrahim Tuan Man, pengarah jentera pilihanraya kecil N.28 Kerdau melahirkan keyakinan beliau terhadap sokongan pengundi kepada calon PAS dalam siri pilihanraya kecil di sini setelah mendapat suntikan semangat dari kemasukkan bekas pengasas dan ketua UMNO cawangan Jengka 25.
Kelmarin, Muzamil Mualip yang juga Naib Pengerusi JKKR bersama 11 bekas ahli UMNO sepakat meninggalkan UMNO dan menyertai PAS. Tindakan tersebut dilihat sebagai satu tamparan kepada UMNO umumnya dan seterusnya jentera UMNO bagi pilihanraya kecil N.28 Kerdau khususnya, yang megah menyatakan bahawa kawasan Felda merupakan kubu kuat UMNO.
Terdahulu, Tuan Ibrahim bersama Nizar Jamaluddin, bekas Menteri Besar Perak telah bersama-sama Persatuan Hindu Sanggam Melaka yang menzahirkan sokongan padu kepada calon PAS di kedua-dua kawasan iaitu N.27 Merlimau dan N.28 Kerdau di mana 12 sami telah diterbangkan khas dari Chennai India dengan kerjasama Dewan Himpunan Penyokong PAS Pusat yang diketuai oleh timbalan pengerusinya, N. Bala Subramaniam untuk melakukan upacara sembahyang khas (hajat) dari pukul 4.00 petang kelmarin hingga awal 5.00 pagi tadi bagi mendapatkan keberkatan dan seterusnya memperolehi kemenangan mengikut kepercayaan kaum Hindu.
Perkara ini berlaku semasa Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau. 12 sami yang diimport dari Chennai, India diterbangkan khas untuk berdoa bagi kemenangan PAS.
Bayangkan jika perkara ini dilakukan oleh BN, sudah pasti ianya menjadi muka hadapan HARAKAH dan SUARA KEADILAN. Berita ini akan diulang-ulang untuk menunjukkan BN kononnya sudah syirik. Tetapi bila perkara syirik ini dilakukan oleh 'ALAMAK' PAS, seorang pun pemimpin parti tak berani menegur. Malah Tuan Ibrahim sendiri diangkat menjadi ketua penerangan PAS.
Bagi MyMassa, tindakan PAS yang menggunakan sami untuk 'bersolat hajat' tiada bezanya dengan kaki-kaki ekor yang menggunakan bantuan sami Siam untuk mendapatkan nombor.
Sejak dari peristiwa doa sami inilah MyMassa hilang hormat dengan Tuan Ibrahim. Bagaimana seorang yang diangkat sebagai ulamak boleh bersekongkol dengan kegiatan mensyirikkan Allah S.W.T? Bila PAS bersuara mengenai filem Hantu Bonceng, MyMassa langsung tidak terkesan kerana PAS menuduh orang lain mempermainkan kalimah sedangkan mereka turut menjalankan kegiatan mensyirikkan Allah S.W.T.
Sebagai penutup, renungkan gambar di bawah...
TQMYMASSA
Post a Comment