Label 10

Home » » PERANCIS HARAMKAN SOLAT JUMAAT !!?

PERANCIS HARAMKAN SOLAT JUMAAT !!?

Written By AAKJ on Monday, September 19, 2011 | 11:52 AM





Tanggal 15 september lalu, kerajaan Perancis mengharamkan umat Islam dari mengerjakan solat jumaat diatas jalan raya. Sebab utamanya ialah apabila orang islam mula solat, pergerakan kereta akan terhalang sehingga mengakibatkan kesesakan lalu linyas. Pengumuman pengharaman ini diumumkan menteri dalam negari Perancis Claude Gueant. Menurut Claude pengharaman ini adalah selari dengan perlembagaan Perancis yang sekular.

Umat Islam di Perancis menghadapi masalah ini kerana kebanyakkan masjid yang sedia ada tidak cukup besar. Penghijrahan orang Islam dari luar (terutamanya bekas Koloni Perancis di Afrika Utara) menyebabkan mereka tiada jalan lain selain bersembahyang diatas jalan raya setiap hari jumaat. Tindakkan Claude Gueant disambut baik golongan sekular Perancis yang merasakan negara mereka kini dalam bahaya diambil alih golongan bukan sekular. Jun yang lalu penyokong Parti Barisan Nasional Perancis bercadang melakukan protes memakan "Sosej Babi dan Wine" dihadapan jemaah yang sedang bersolat. Namun protes jalanan mereka dihalang oleh pihak polis Paris kerana tidak mahu terjadinya insiden yang tidak diingini.

Di Perancis jika anda masih ingat, diharamkan pemakaian tudung di sekolah-sekolah milik kerajaan. Tapi jangan cepat emosi ye orang Islam. Pemakaian Salib dan Bintang Nabi Daud juga turut diharamkan dari sekolah yang sama. Ini bukan diskriminasi terhadap Islam sahaja cuma perundangan sekular yang menekankan pemisahan antara "Gereja dan Negara". Di negara ini juga kerajaan tidak memberi peruntukkan kepada institusi keagamaan untuk membina rumah ibadat mereka sendiri. Kalau nak bina sila cari dana sendiri. Gereja dan Sinagog tidak mempunyai masalah dana kerana mengikut perangkaan jumlah pengunjung dua rumah ibadat agama kitabi ini semakin berkurangan. Tiada masalah sembahyang hingga luar rumah ibadat bagi mereka

Tetapi jangan risau dan emo wahai serbanistas. Claude Gueant tidak sekejam mana. Selepas mengharamkan orang Islam bersolat diatas jalan pada hari jumaat beliau membenarkan umat Islam di Paris untuk menggunakan sebuah bekas balai bomba sebagai ruang solat sementara. Bekas balai ini akan digunakan selama 3 tahun sementara menunggu sebuah Pusat Islam yang sedang dibina siap pada tahun 2013. Sunnguhpun sebesar 2000 meter persegi Balai Bomba ini masih tidak mampu memuatkan kesemua jemaah seramai antar 3-4000 orang. Menurut beberapa badan Islam Perancis mereka memerlukan lebih kurang 4000 masjid bagi mememuatkan jemaah pada hari Jumaat. Buat masa ini cuma ada 2100 masjid kesemuanya sudah penuh sesak setiap jumaat. Untuk masa ini pihak pengurusan dua masjid utama Paris bersetuju menutup masjid pada hari jumaat dan melakukan solat jumaat di balai bomba yang terletak hanya 1.5 kilometer dari masjid mereka.


TQBLOGSERIUS
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger