Label 10

Home » » PENIAGA BAZAR TOK GURU RUGI BESAR !!

PENIAGA BAZAR TOK GURU RUGI BESAR !!

Written By AAKJ on Tuesday, September 13, 2011 | 8:53 AM



Oleh Ali Salleh

Jalan Sultan Ibrahim – 300 Peniaga di Bazar Tok Guru, di sini merungut setelah sebulan bazar itu dibuka sambutan daripada pembeli kurang mendapat sambutan.

Boleh dikatakan sambutannya amat hambar sehingga ada penjual terpaksa menjual dengan harga yang rendah barangan mereka hanya untuk mendapatkan modal sahaja.

Tinjauan Khabar KB mendapati ada seorang peniaga wanita dikenali kak Yah terpaksa menjual selimut comforter dengan harga RM16 satu padahal harganya RM25.

“Beli la adik saya perlu habiskan stok saya. Sudahla sempit. tempat hendak letak tiada dik, Orang pun tidak ramai datang,” katanya.

Malahan hendak menyimpan barang pun tidak ada tempat, katanya, sambil menambah tempat simpanan stok juga tidak disediakan oleh pihak pengurusan bazar itu.

Isu Bazar Tok Guru timbul apabila dua persatuan yang mewakili 415 peniaga Arked Uda dan Pasar Lama MPKB menolak tawaran yang dibuat kerajaan negeri kerana mereka masih menuntut janji ketika pilihan raya umum 2008 iaitu ruang niaga berkeluasan 3.04 x 3.65 meter persegi pada harga RM40,000, bukannya 1.82 x 2.4 meter persegi ketika ini pada harga RM63,000.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kerajaan negeri tetap tidak berganjak dengan tawaran harga RM63,000 bagi ruang premis baru di Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim di sini walaupun dibantah kalangan peniaga.

Menurut laporan blog kickdefella, Syed Azidi Abdul Aziz kerajaan negeri melalui Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) terpaksa membeli semula daripada syarikat swasta setelah dibangunkan bazar itu sehingga Pas Kelantan mengalami kerugian RM50 juta.

Manakala Persatuan Peniaga Pasar Besar Lama Arked Majlis Perbandaran Kota Baharu, (MPKB) memohon kerajaan negeri mempertimbangkan cadangan mereka untuk melaksanakan bazar Ramadan bersebelahan Bazar Tok Guru di Jalan Sultan Ibrahim, dekat sini dalam usaha mempromosikan Bazar Tok Guru.

Pengerusi persatuan itu, Ab Salim Ahmad berkata Bazar Tok Guru yang diduduki peniaga sejak hampir sebulan lalu itu dilihat masih kurang mendapat perhatian masyarakat dan memerlukan promosi yang lebih agresif bagi menarik lebih ramai pelanggan.

“Sejak peniaga berpindah masuk ke Bazar Tok Guru pada awal bulan ini, hasil jualan dilihat agak kurang memberangsangkan, mungkin kerana masih ramai masyarakat yang belum tahu mengenai bazar baru ini.

“Sebab itu kami mencadangkan pada kerajaan negeri supaya membuat bazar Ramadan di tanah kosong bersebelahan Bazar Tok Guru, yang merupakan tapak Festival Makanan Antarabangsa Cheng Ho Kelantan (KelCheff) 2011 yang diadakan beberapa hari lalu,” katanya.

Beliau berkata pelaksanaan bazar Ramadan bersebelahan Bazar Tok Guru merupakan satu langkah yang mungkin boleh membantu mempromosikan Bazar Tok Guru kerana masyarakat bukan sekadar boleh membeli pelbagai juadah untuk berbuka puasa sebaliknya dapat membeli pakaian mahupun kain di Bazar Tok Guru yang terletak berhampiran.

“Walaupun Festival Cheng Ho yang dilaksanakan beberapa hari lalu bersebelahan Bazar Tok Guru dikatakan sebagai salah satu cara mempromosikan bazar ini, namun ianya dilihat kurang memberi impak kerana kebanyakan masyarakat hanya singgah ke festival itu yang dilihat lebih meriah tanpa masuk ke bazar ini,” katanya.

Ab Salim berkata Bazar Tok Guru adalah satu kompleks perniagaan yang baru dan perlu diberi perhatian lebih sebagai usaha menjadikan ia salah satu destinasi pelancongan di negeri ini sebagaimana Pasar Besar Lama Arked MPKB sebelum ini yang menerima kunjungan ramai pelanggan.

Selain itu katanya beliau sebelum ini secara lisan telah memanjangkan cadangan itu kepada salah seorang Exco Kerajaan Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah mengenai cadangan itu bagaimanapun sehingga kini belum menerima jawapan tetap.

Katanya difahamkan, exco berkenaan berjanji untuk memanjangkan perkara itu kepada Syarikat Sensa Timur Sdn Bhd, pemilik tanah kosong bersebelahan Bazar Tok Guru itu.

“Kalau boleh kita nak tahu apa keputusan sebab bulan Ramadan akan tiba tidak berapa hari lagi dan kalau boleh kami berharap cadangan kami diluluskan, sekurang-kurangnya tidaklah sunyi Bazar Tok Guru kerana pasti ada seorang dua pelanggan yang berniat datang ke bazar Ramadan turut singgah di sini,” katanya





–KHABAR KB

Share this article :

+ comments + 2 comments

September 13, 2011 at 9:21 AM

Kepala butoh Pok Nik penuh ngan duit..tue pasai dia bukan kisah!.. kepala butoh hang la pok nik!

September 13, 2011 at 9:24 AM

N.ajis nak jadi orang yang karomah. Wali konon. Sibuk mendoakan bala kat orang lain atau macam dapat wahyu.

Apa yang berlaku menunjukkan 'sial' N.ajis yang tak sedar sedar lagi yang dia tiada apa pun.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger