Label 10

Home » » PENANG OHH PENIN !! PEMAJU D JUNJUNG, PENDUDUK D HALAU..KG BUAH PALA KENA BALA !!

PENANG OHH PENIN !! PEMAJU D JUNJUNG, PENDUDUK D HALAU..KG BUAH PALA KENA BALA !!

Written By AAKJ on Tuesday, September 20, 2011 | 9:49 PM


Kerajaan negeri bakal rugi RM 480 juta . Siapakah yang bertanggungjawab?

Projek sPICE (Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang) bernilai RM 300 juta secara keseluruhannya.

MPPP melabur sebanyak RM 50 juta dalam projek ini dan selebihnya dibiayai oleh Eco Meridian Sdn Bhd anak syarikat kepada SP Setia. Salah satu projek berskala besar yang MPPP laburkan wang dengan begitu banyak.

Satu perjanjian telah diadakan antara kerajaan negeri dengan Eco Meridian sdn bhd pada 19 Ogos 2011 yang lalu.

Antara syarat perjanjian ialah :

1. Kebenaran membina 1500 unit rumah tambahan
2. pemberian tanah secara percuma bagi pembinaan 450 unit kos rendah dan sederhana rendah
( dalam hal ini pemaju akan mengaut keuntungan sehingga mencecah RM 450 juta kerana tanah diberikan secara percuma. Peliknya, mengapakah tanah tidak diberikan secara percuma kepada rakyat yang memerlukan seperti penduduk kg buah pala, kg permatang tinggi damar laut, kampung pokok assam dan beberapa buah kampung yang terlibat. Di pualu pinang rumah kos sederhana mewah boleh mencecah hampir RM 1 juta.

MPPP pula bakal rugi sebanyak RM 10 juta bagi penyediaan tapak rumah secara percuma . Saiz rumah tersebut tidak melebihi 650 kaki persegi dengan harga minimum RM 72 500.00. Soalnya berapa ramaikah rakyat pulau pinang yang bakal menikmati skim perumahan ini?Agihan ini adalah tidak rata. Mengapakah kerajaan negeri tidak meminta syarikat berkenaan membina rumah pangsa yang dapat menampung keperluan rumah di pulau.

Lebih mengejutkan lagi sekiranya MPPP gagal menyediakan tanah untuk membina rumah berkenaan dalam tempoh 20 tahun, maka pemaju berhak tidak membinanya)

3. pembinaan sebuah hotel bertaraf lima bintang dengan kadar nilai tanah yang amat rendah berbanding harga pasaran tanah semasa.
(kalau kes dato seri khir toyo yang dapat beli rumah dan tanah dengan harga murah DAP kata rasuah. Mengapa dalam kes ini tidak dikaitkan dengan rasuah kerana kerajaan negeri menjual tanah dengan kadar yang murah. Apa kaitan hotel lima bintang dengan rakyat pulau pinang? apakah rakyat pulau pinang yang menginap di hotel berkenaan akanLink mendapat potongan sehingga 90%? Harga tanah di tapak hotel yang bakal dibina ialah RM 300 kaki persegi dan bukan rm 100 kaki persegi. Ini bermakna kerajaan negeri akan mengalami kerugian berjumlah rm 27 juta.)

Kerajaan negeri seharusnya cermin diri mereka dahulu sebelum menuduh kerajaan BN yang mentadbir sebelum ini. Bakal teman dedahkan informasi berkaitan fitnah yang dap khabarkan MPSP rugi rm 230 juta. Tunggu....Siapakah Ismail Mamat?Apakah ada kaitan dengan anwar ibrahim dalam hal MPSP ini?
 
-BadarKhubro

Pisau kata "Lim Guan Eng lu tipoooooooo!!!!"

Pisau
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger