Humanitarian Assistance Somalia DAY 5 - Hospital Disini Sungguh Daif
Friday, September 2, 2011
Tentera Somalia mengawal keadaan ketika lawatan kami
Gambar gambar diatas merupakan gambar Hospital Milinia yang bertempat di Mogadishu. Hospital ini telah wujud sejak tahun 1975. Hospital ini menempatkan sekitar 200 pesakit waktu kedatangan kami dan amat menyedihkan apabila kelengkapan dihospital ini amatlah kurang sama sekali.
Ubat ubatan yang tidak cukup ditambah dengan segela keperluan yang diperlukan tidak terdapat disini.
Dato Azeez ketua misi menyampaikan sumbangan 11 kotak ubat ubatan dalam pelbagai jenis kepada Timbalan Menteri Kesihatan buat Hospital Milinia ini. Malah semalam juga para sukarelawan turut menyampaikan sumbangan wang somali kira kira 100 ribu iaitu RM30 kepada mereka yang terlantar dihospital.
Sungguh beruntung kita rakyat Malaysia, lihat sahaja hospital kerajaan yang ada hari ini dengan bayaran RM1 kita mampu mendapatkan rawatan terbaik dari segala aspek.
Klinik 1 Malaysia yang dijayakan oleh kerajaan juga cukup dengan segala kelengkapan menjadikan rakyat Malaysia perolehi segala maafaat hasil pembangunan negara.
Psssttt..line tenet slow disini, agak sukar untuk update story
Lagi Gambar Menarik KLIK Papa Gomo World Fotopages
tqpapagomo
Post a Comment