Akibat perang sesama sendiri kerana kerakusan kuasa politik mengakibatkan rakyat Somalia menjadi pelarian dan merempat dibumi sendiri. Kelaparan menghantaui mereka saban hari sehinggakan ramai yang mati akibat kebuluran ini.
Video diatas ini memaparkan seorang kanak kanak yang meneguk air dari paip yang ada dikem Badbadoo Mogadishu yang mana untuk makluman semua air yang ada di Somalia ini tidak terjamin akan kebersihannya.
Namun apakan daya itu sahaja yang ada pada rakyat Somalia dalam meneruskan kehidupan mereka demi hari hari mendatang.
Semoga Rakyat Malaysia mengambil iktibar dari segala yang berlaku di Somalia ini. Kerana perbedaan politik dan perebutan kuasa politik peperangan berlaku walaupun sesama mereka yang sebangsa dan seugama.
Kerana Politik dan Kuasa Bangsa dan Ugama tidak diperlukan lagi dalam diri. Semoga ianya menjadi iktibar jelas kepada orang Melayu agar jangan sampai kita merempat dibumi sendiri.
Lagi Gambar Menarik
tqpapagomo
Post a Comment