Label 10

Home » » PAPAGOMO-SOMALIA : 20 MINIT AKHIR ARWAH SYUHADA DALAM VIDEO !!

PAPAGOMO-SOMALIA : 20 MINIT AKHIR ARWAH SYUHADA DALAM VIDEO !!

Written By AAKJ on Monday, September 5, 2011 | 2:09 PM


Arwah Noramfaizul dalam kenangan.

Gomo dan pastinya rakan yang lain terutama petugas media yang membuat liputan di Mogadishu Somalia pastinya merasakan kehilangan besar ketua Media kami arwah Noramfaizul Mohd Nor yang terbunuh setelah ditembak oleh tentera Afrika Union dari negara Burundi.

Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja buat kami para sukarelawan malah seluruh rakyat Malaysia juga merasai kehilangan seorang yang berdidikasi dan komited dalam menjalankan tugas.


Video diatas merupakan rakaman yang dirakan oleh Papa Gomo sewaktu Gomo, wartawan Jurukamera TV3, wartawan Jurukamera RTM, Wartawan Jurukamera NTV7 berada didalam sebuah lori bekalan makanan ketika kami selesai menghantar bekalan bantuan makanan ke sebuah kem pelarian.

Dalam video diatas juga menunjukkan arwah berada bersama kami dalam melaksanakan tugas nya buat Bernama dan untuk makluman semua video yang dirakam kan diatas ini 20 minit sebelum kejadian tembakan oleh Africa Union keatas kenderaan yang dinaiki arwah dan menyebabkan arwah terkorban.

Selepas kami berada didalam Lori makanan ini dan menuju ke hotel penginapan utama, Arwah dan kru media elektronik yang lain masing masing menaiki kenderaan mereka bagi menuju ke hotel yang mana tempat mereka menginap dan sekitar itulah juga arwah ditembak oleh tentera Africa Union.

Wartawan TV3 Aji Segara ada merakam kami semua yang berada didalam lori ini yang mana dalam waktu ini arwah ada menyebut

" Sini rapat rapat, bukan senang TV3 nak ambil gambar kita masuk TV3"

sambil Arwah menarik Wartawan Jurukamera RTM dan juga Tentera Somalia yang berada diatas lori besama kami.

Rakaman tersebut masih berada didalam simpanan Aji Segara wartawan Jurukamera TV3 dan Gomo ada meminta video tersebut untuk dimuatkan dalam You Tube nanti bila berkesempatan.

African Union yang membunuh Arwah Noramfaizul perlu bertanggungjawap dan satu tindakan serius perlu diambil oleh United Nation keatas AU ini dan penembak yang melepaskan tembakan juga wajar dilaksanakan hukuman BUNUH iaitu Tembak sampai mati bagi memberikan keadilan yang sewajarnya buat arwah.

Semoga Arwah Noramfaizul Mohd Nor ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan Gomo sendiri dalam hal ini nak menceritakan kepada semua kata kata arwah sewaktu kami semua berada didalam Carlie C130 ketika berangkat ke Somalia.

Muatan Charlie C 130 penuh menyebabkan kami terpaksa berhempit himpit dan dalam keadaan yang tidak selesa. Arwah menyatakan:

" Tak apa, nanti balik dari Somalia ke Malaysia barang barang dah tak ada, boleh baring dalam ni"

Al Fatihah................





TQPAPAGOMO
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger