Label 10

Home » » PAKATAN HARAM JADAH KEMPEN BURUKKAN KEDAI 1MALAYSIA part1

PAKATAN HARAM JADAH KEMPEN BURUKKAN KEDAI 1MALAYSIA part1

Written By AAKJ on Sunday, September 18, 2011 | 6:26 PM


Dulu Klinik 1Malaysia ditentang Pakatan Rakyat dengan mengkudakan doktor-doktor private yang tamakan kekayaan dari private practise yang mahal. Macam-macam usaha kerajaan ditentang.

Dalam mereka menentang kenaikkan harga barangan, usaha kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah dari cengkaman rangkaian pengedaran kaum monopoli pun ditentang. Mereka jadi suara golongan kapitalis lintah darat ...

Penubuhan Kedai Rakyat 1 Malaysia yang selaras dengan aspirasi 1 Malaysia menyediakan pelbagai barangan keperluan dengan harga patut. Malah, maklum balas dari rakyat yang berkunjung mendapati mereka sangat berpuas hati dengan harga barangan; MURAH! Ia sama sekali menterjemahkan slogan “Rakyat Didahulukan” yang dilaung-laungkan oleh kerajaan.

Mengikut sumber, perancangan sedang diteliti agar konsep ini dapat diperluaskan untuk dinikmati oleh sekalian rakyat. Tentunya sesuatu yang menggusarkan pembangkang selepas kejayaan Klinik 1 Malaysia yang diterima baik oleh semua peringkat lapisan masyarakat. Dan jika ia berjaya dilaksanakan, kerajaan bakal menyediakan alternatif terbaik untuk rakyat mendapatkan bekalan makanan dengan harga yang murah di mana selama ini dikuasai oleh golongan tertentu melalui pemborong, kedai runcit malah kedai serbaneka. Dan golongan inilah juga yang memainkan peranan dalam menentukan harga pasaran, dengan alasan prinsip ekonomi dan sebagainya.

Akibat dari penguasaan ini, secara terancang, ia juga boleh dijadikan senjata politik dengan memanipulasikan harga barangan, yang akan mengakibatkan kemarahan rakyat, sekaligus membenarkan pembangkang muncul sebagai pembela, satu konspirasi politik yang mempergunakan ekonomi untuk menutup “pemain-pemain” utamanya.

Adakah benar cerita-cerita yang mengatakan Kedai Rakyat 1 Malaysia yang diuruskan oleh Mydin Mohamed Holding Berhad menyebabkan satu pihak lagi tidak berpuas hati berikutan ia bakal memecahkan sedikit sebanyak menopoli mereka dalam bidang ini?

Isu yang sama pernah melanda Perak suatu ketika apabila keputusan Mydin untuk membuka cawangannya di sana, namun dibantah tanpa sebarang alasan yang kukuh, hanya bersandarkan “bantahan rakyat”, kononnya.

Dengan harga yang patut pada lebih kurang 250 jenis barangan harian, penulis tertanya-tanya mengapa pembangkang ingin memboikot usaha yang cukup bermanfaat kepada rakyat. Hujah mereka agar keperluan rakyat diutamakan telah disambut baik oleh kerajaan, maka bukankah seharusnya, sebagai pembangkang yang berkredibiliti, mereka turut sama menyokong usaha murni ini?

Apakah pembangkang benar-benar ikhlas berjuang untuk rakyat, atau sekadar mempergunakan rakyat untuk kepentingan politik masing-masing?
Petikan dari Selangordaily sini



Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger