Itu ayat tergantung Menteri Besar Khalid Ibrahim di 2:02. Apa soalan yang ditanya wartawan tentang permintaan MB campurtangan? Apa maksud Khalid yang gagapnya dan ayat2 tergantung susah untuk difahami?
Berikut adalah laporan KLBoyz berkaitan isu gerega DMUC yang terlibat memurtadkan orang Islam:
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengeluarkan titah dalam masa dua atau tiga hari lagi bagi memberikan pandangan serta nasihat dalam menyelesaikan isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang dikatakan sebagai Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan akur dengan segala nasihat dan jalan penyelesaian yang dikemukakan oleh baginda.
Beliau menjelaskan, pihaknya tidak akan memberikan sebarang ulasan mengenai laporan yang dihantar oleh JAIS berhubung pemeriksaan tersebut sehingga ia diumumkan sendiri oleh Sultan Selangor nanti.
"Saya telah menghadap Tuanku Sultan Selangor pagi ini dan telah membincangkan laporan yang telah disediakan oleh JAIS berhubung pemeriksaan ke atas majlis yang diadakan di Dewan 3, Dream Centre, Petaling Jaya.
"Baginda selaku Ketua Agama Islam di Selangor telah berkenan untuk memberikan pandangan dan nasihat untuk menyelesaikan isu ini dengan cara terbaik," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Sebelum ini, laporan menyebut kerajaan negeri dijangka mendedahkan laporan lengkap oleh JAIS berhubung pemeriksaan ke atas premis berkenaan pada hari ini.
Kerajaan negeri sebelum ini menyebut JAIS meminta tempoh sebulan bagi melengkapkan siasatan berhubung pemeriksaan tersebut yang telah mencetuskan kontroversi apabila laporan awal mendapati terdapat unsur penyebaran agama lain ke atas sekumpulan penganut Islam.
Baca sepenuhnya di sini.
Sungguhkah Khalid dan jemaah exco negeri akan akur pada pandangan dan titah Tuaanku Sultan Selangor sedangkan beberapa ahli exco tidak langsung menghormati kuasa JAIS dalam menjalankan tugas dan menuntut MB memintaa maaf atas alasan yang tidak wujud?
Adakah briefing dan cadangan yang dibuat kepada DYMM SUltan ada campurtangan ahli exco bukan Islam dalam urusan ugama Islam?
Kenapa laporan yang dijanjikan akan didedahkan tidak mahu didedahkan? Adakah kelainan dari laporan operasi oleh JAIS pada Ogos 4hb yang kami siarkan?
+ comments + 1 comments
Khalid MB yang dah tak boleh buat apa-apa...
Hal tindakan JAIS terhadap kes DUMC, minta DYMM Sultan bertitah..
Hal sewa PKNS naik berganda, minta PKNS (Ronnie) jawab...
Hal Penyelewengan Kewangan Yayasan Selangor dan Penjualan Harta Yayasan Selangor, tak mahu jawab..
Hal penjualan arak berleluasa, minta Ronnie arahkan Hassan Ali diam...
Hal pembinaan Kuil yang dipertikai, dia tak mahu jawab..
Hal lambang BINTANG 3 dalam letterhead Selangor Shines, dia minta Ronnie jawab
Dan lainnya Setiausahanya jawab..
Post a Comment