Label 10

Home » » MAT SABU KESEORANGAN PERJUANGKAN KOMUNIS ??!!

MAT SABU KESEORANGAN PERJUANGKAN KOMUNIS ??!!

Written By AAKJ on Thursday, September 8, 2011 | 1:04 AM


Skrewkuat khabarkan:
Semalam, 5 September 2011 Mohd Sabu dan rombongannya berhasrat berjumpa dengan Puan Jamilah Abu Bakar, mangsa serangan komunis yang disertai Mat Indera terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950. Puan Jamilah Abu Bakar juga ialah anak kepada Allahyarham MM Abu Bakar Daud yang cedera parah semasa serangan tersebut. Beliau sekarang tinggal Taman Skudai Kanan, Tampoi, Johor.

Tujuan utama Mohd Sabu dan rombongan ke rumah Puan Jamilah berkemungkinan untuk menjelaskan kenyataannya yang benar-benar mengguris hati mangsa serangan Bukit Kepong dan mungkin juga untuk membela nasib mereka.

Selain Mohd Sabu, turut bersama ialah Abdullah Idris, YDP PAS Kawasan Pulai, Zaaba Ibrahim, Naib YDP PAS Kawasan Pulai, Onn Jaafar, AJK PAS Johor dan Suhaizan Kaiat, Ketua Pemuda PAS Johor.

Malangnya kehadiran mereka pada kira-kira jam 2 petang telah disambut dengan batang-batang penyapu oleh penduduk setempat yang jelas tidak dapat menerima kenyataan Mohd Sabu yang mengagungkan Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan dan anggota polis Balai Bukit Kepong yang terkorban sebagai alat British.

Keluarga Puan Jamilah juga enggan menerima kehadiran rombongan tersebut yang jelas tidak pernah menghargai perjuangan datuk mereka yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong daripada serangan komunis.

Tukang Screw sudahpun menjangkakan sambutan yang bakal diterima Mohd Sabu dan rombongan. Tetapi yang menarik, ahli keluarga Puan Jamilah jelas amat kecewa dengan taktik penipuan PAS yang merancang perjumpaan tersebut.

Sebelum perjumpaan pada 5 hb diadakan, Zaaba Ibrahim, Naib YDP PAS Kawasan Pulai telah menghubungi salah seorang dari ahli keluarga tersebut dengan memperkenalkan dirinya sebagai PEGAWAI KERAJAAN dengan alasan untuk membantu waris tragedi serangan Bukit Kepong yang turut berjanji akan membawa Suhaizan Kaiat yang menyamar sebagai AHLI SEJARAH untuk membetulkan fakta sejarah tentang tragedi serangan tersebut.

Pada awalnya kehadiran Zaaba Ibrahim dan isteri tidak disenangi keluarga tersebut tetapi memandangkan taktik penyamaran sebagai PEGAWAI KERAJAAN yang digunakan selain tujuan lawatan untuk membantu waris mangsa serangan tersebut, akhirnya keluarga tersebut menerimanya.

Baca tipu helah PAS seterusnya di sini


Setelah gagal mengelirukan waris dan survivor terakhir Bukit Kepong yang masih hidup, PAS cuba eksploitasikan adik-adik Mat Indera yang masih hidup:

Dengan bangganya PAS mengadakan sidang media sebentar tadi dengan membawa Baharum Syah Indera, adik kepada Mat Indera yang juga merupakan pesara tentera dari Kor Perkhidmatan. Sekarang beliau tinggal di Bandar Tun Razak, Cheras.

Sebelum sidang media ini diadakan pun, Baharum Shah menyatakan Mohd Sabu ada menghubunginya beberapa kali pada hari raya ke 4 dan ke 5 di mana sewaktu itu beliau masih beraya di Terengganu.

Mohd Sabu dan PAS jangan fikir mereka lebih awal atau lebih pantas mengenal pasti adik beradik Mat Indera untuk dieksploitasi!

Baharum Shah juga agak teruja apabila Mohd Sabu memuji-muji arwah abangnya dan menjelaskan bahawa beliau seorang ustaz dan bukan komunis. Mohd Sabu juga mendakwa ada menyimpan kitab-kitab agama karangan Mat Indera.

Perkara itu cukup mengejutkan Baharum Shah kerana beliau sendiri tidak ada buku-buku tersebut dan setahunya Mat Indera tidak ada menulis apa-apa buku agama pun.

Apapun Baharum Shah meminta supaya Mohd Sabu tidak lagi menjaja nama abangnya yang sudah dikenali rakyat negara ini tentang penglibatannya dalam aktiviti komunis.

Begitu juga dengan Suhaizan Kaiat, ahli sejarah PAS yang berjaya menghubungi Johan Shah di Yon Peng untuk diekspolitasi PAS.

Baca seterusnya di sini.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger