Label 10

Home » » LIM GUAN END CUBA DELETE "KETURUNAN" DALAM PEMBAHAGIAN DUIT RAKYAT !!

LIM GUAN END CUBA DELETE "KETURUNAN" DALAM PEMBAHAGIAN DUIT RAKYAT !!

Written By AAKJ on Wednesday, September 14, 2011 | 11:45 AM

Rancangan Anak Emas Pulau Pinang (Penang Golden Child Programme) ialah imbuhan RM100 diberikan ibubapa untuk anak sulung yang dilahirkan dengan syarat pasangan tersebut mestilah pemilih berdaftar.
Mengapakah perlu ibubapa itu berstatus pengundi supaya layak?
Dilaporkan juga borang untuk mendapatkan angpow RM100 itu tidak memerlukan pemohon mengisi butir ‘keturunan’ kanak-kanak terbabit.
Lantaran itu, ketua menteri Lim Guan Eng pun berkokok:
“This is a very special form because for the first time, there is no race category. This is the first form that doesn’t require you to state your race.”
Langkah ini selaras dengan ‘jihad’ partinya DAP untuk memadamkan pengenalan etnik kita, sepertimana Adun Subang Jaya Hannah Yeoh berkeras enggan mengaku dirinya seorang berketurunan Cina.



Kalau dikatakan pemohon mengisi borang yang konon ‘race-free’ tetapi meletakkkan nama anak — sebagai contoh ‘Lim Euan Geng’ — bukannya bererti umum tidak akan dapat meneka apa bangsa bayi itu.
Sebenarnya yang dipertikaikan masyarakat Cina ialah diskriminasi kaum (racial discrimination).
Ekoran Hannah Yeoh membuat hal di Jabatan Pendaftaran Negara, Guan Eng mengeluarkan kenyataan akhbar seperti di bawah (nukilan):
“Forcing Hannah and Ramachandran to choose either Indian or Chinese is repugnant when they just want their child to be known as Malaysian. Hannah and Ramachandran has striven to let Malaysians see that we should never allow BN to corrupt young minds with obsolete and dangerous racist ideology that one’s child is never good enough and must be forever dependant on the tongkat or that they will never be rewarded for their good performances no matter how deserving they are just because they come from a certain race.”
(1) Mengarut betul Guan Eng berkata “they just want their child to be known as Malaysian”. Kalau bukan sudah diiktiraf warga, takkan dikeluarkan sijil beranak yang sempurna.
(2) Seterusnya Guan Eng menuduh Barisan Nasional mengindoktrinasi pemikiran remaja dengan ideologi rasis merbahaya yang kolot.
(3) Bagi Guan Eng, BN membawa pengajaran bahawa anak Melayu tidak mampu bersaing dengan anak-anak bangsa lain kecuali jika bersandarkan tongkat buat selama-lamanya.
(4) Guan Eng juga membayangkan bahawa anak Cina tidak mungkin diberikan ganjaran yang wajar diterimanya (misalan biasiswa) walaupun memperolehi keputusan cemerlang hanya semata-mata kerana faktor etnik.
Pendekatan Guan Eng, Hannah dan orang sewaktu dengan mereka jelas tampak serong.
Sekiranya tidak berpuashati kerana kaum Cina didiskriminasi, maka perkara yang harus ditangani ialah pelaksanaan dasar-dasar yang tidak berlaku adil kepada kaum minoriti.

.
.
.
.
.
Namun gerakan Anak Malaysia bukan cuba membendung gejala diskriminasi (yakni kaum minoriti kurang mendapat manfaat daripada ganjaran-ganjaran kerajaan yang dibolot golongan bumiputera) dengan cara menghapuskan tindakan diskriminasi itu.

Sebaliknya Anak Malaysia berusaha mengatasi masalah diskriminasi dengan kaedah menghapuskan identiti diri kita semua sebagai keturunan India, Cina, Melayu, dsb. Barang sesiapa yang mengaku diri Melayu, umpamanya timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin, dicerca sebagai ‘rasis’.
Anak Malaysia menolak asal-usul serta bertekad ‘menggelupaskan’ kulit kita … seolah-olah orangramai tiada berwarna kulit apa-apapun.
“Michael Jackson didn’t want to be black,” kata penerbit rekodnya Quincy Jones.

TQHELENA ANG
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger