Majlis Profesor anggap komunis penderhaka
PUTRAJAYA 9 Sept. - Majlis Profesor Negara (MPN) menyifatkan komunis dan golongan berhaluan kiri di Tanah Melayu tidak layak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan sebaliknya sebagai penderhaka kerana cuba menghapuskan sistem kerajaan Melayu yang dilindungi British untuk menggantikannya dengan negara republik komunis.
Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio-Budaya MPN, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata, golongan nasionalis Melayu yang pada asalnya ingin memerintah di Tanah Melayu telah bersekongkol dan bersubahat dengan parti komunis untuk merealisasikan hasrat itu.
"Jadi kita tidak menerima itu sebagai perjuangan kerana mereka ingin merampas kuasa secara tidak sah,” katanya pada sidang akhbar bersama Pengerusi MPN Prof Emiritus Datuk Dr Zakri Abdul Hamid dan anggota-anggota jawatankuasa MPN di sini hari ini.
- Bernama
Post a Comment