DISINI...Lim disumbat dalam but keretanya.
SAKIT...Lim menunjukkan luka akibat dibelasah dua lelaki.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 45 tahun melalui saat getir apabila dia bukan saja disamun, malah turut dibelasah, diculik dan disumbat ke dalam but kereta miliknya lebih tiga jam sebelum dia berjaya melepaskan diri dan terjun dari kenderaan itu.
Mangsa yang mahu dikenali Lim mengalami kecederaan terseliuh kaki kiri, bengkak dan lebam akibat tindakannya terjun dari kereta jenis Proton Persona yang sedang memecut laju.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi kelmarin, mangsa yang juga seorang peniaga gerai makan mahu memulakan perniagaannya di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, sebelum dihampiri dua lelaki.
“Sebaik tiba di tempat letak kenderaan dan mematikan enjin kereta, seorang lelaki berusia 30-an secara mengejut masuk ke dalam kereta.
“Sebaik tiba di tempat letak kenderaan dan mematikan enjin kereta, seorang lelaki berusia 30-an secara mengejut masuk ke dalam kereta.
“Lelaki itu kemudiannya mengacukan parang dan mengarahkan saya menukar tempat duduk iaitu duduk di bahagian penumpang,” katanya
METRO
Post a Comment