Sesuatu yang agak janggal bila karya adaptasi dari komiknya AKU BUDAK MINANG berjaya mendapat slot siaran 13 episod di RTM sedangkan dalam masa yang sama dia sedang sibuk menghentam kerajaan! Malah terdapat ura-ura siri tersebut akan disambung ke musim kedua...
Kartunis Ujang mula menghentam kerajaan sejak 'musuh'nya Datuk Othman Yusof (dulunya rakan kongsi di Kharisma Publications) menang kerusi DUN Kukup (Parlimen Tanjung Piai, Johor) atas tiket BN. Sebetulnya kartunis Ujang hilang hakcipta namanya, majalah UJANG atas kebodohannya sendiri. Semasa krisis di Kharisma, kartunis Ujang telah meninggalkan syarikat itu dan menubuhkan syarikat sendiri untuk menerbitkan majalah LANUN.
Datuk Othman pula membeli hakcipta nama majalah UJANG dari pemilik Kharisma, Michael Lum dan berjaya dengan survival bisnesnya dalam dunia kartun/komik tanahair sehingga kini. Pengurusan majalah UJANG diserahkan kepada anaknya memandangkan Datuk Othman kini sibuk dengan tugas sebagai wakil rakyat di Kukup.
BACA ARTIKEL LANJUT DI BLOG JENDELA MAYA (KLIK)
Rais Yatim & RTM tolong ambil perhatian!!
TQ1PELURU
+ comments + 4 comments
woi badi gol gol gol..siri kedua dah tayang..siap dah ulang tayang..kah kah kah!!!kalau tak boleh kritik, kasi haram pembangkang..kah kah kah
hahaha..saya bukan la pembangkang tp kalo org umno buat camni malu la...cer selidik btol2 dulu..saya sebagai org kelana jaya malu nak mengaku hang ni org kampung..
Apa la benda ni nak diperbesarkan... xde modal lain ke??? patutnya korek la isu kenapa masih ada fakir miskin kat malaysia ni walaupun duit zakat berjuta.... baru la mengutamakan rkayat... ini duk kutuk orang aja... macamana nak maju...
Semalam ada cerita kartunis Ujang kat suratkhabar HMetro pasal hakcipta.. kenapa tak suruh tu banned je Ibrahim Anon dari bercakap hal hakcipta?? Huhuhuhuhu.. sempit lo...
lagipun cerita aku budak minang tu bukan cerita pasal hal politik pun. pasal hidup kampung biasa je.
Post a Comment