Label 10

Home » » KAKI JUDI JADIKAN PENANG SEBAGAI MARKAZ !! wOO !!

KAKI JUDI JADIKAN PENANG SEBAGAI MARKAZ !! wOO !!

Written By AAKJ on Thursday, September 15, 2011 | 10:10 PM




gambar hiase

GEORGE TOWN - Polis menahan 15 orang termasuk seorang wanita yang sedang berjudi di Kampung Batak, Relau di sini semalam.

"Ketika diserbu mereka yang sedang leka berjudi di dalam sebuah kontena lama cuba melarikan diri bagaimanapun gagal kerana dikepung polis.

"Kita berjaya menahan 15 orang termasuk seorang wanita dalam serbuan berkenaan kira-kira 11 malam,” kata Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Kontijen Polis Pulau Pinang, ASP Mohd Sauti Harun.

Beliau berkata, serbuan dilakukan selepas pihak polis menjalankan intipan sejak seminggu lalu.
Kesemua yang ditahan merupakan penduduk tempatan yang berumur antara 25 dan 63 tahun.
Mohd Sauti berkata, pihaknya turut merampas wang tunai RM1,398 dan pelbagai peralatan perjudian antaranya meja, kerusi dan cip.

"Kita pernah menyerbu tempat berkenaan beberapa kali bagaimanapun mereka tetap menjalankan kegiatan perjudian secara berkumpulan di situ,” katanya yang mengetuai operasi tersebut.

Beliau berkata seramai tiga pegawai termasuk beliau dan 18 anggota terlibat dalam serbuan berkenaan dengan operasi berterusan akan dijalankan bagi membanteras aktiviti perjudian.
Kes itu disiasat menurut Seksyen 7 (2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


 - Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger