Label 10

Home » » HUDUD !!! IBU BUNUH ANAK PEREMPUAN KERANA MURTAD !!

HUDUD !!! IBU BUNUH ANAK PEREMPUAN KERANA MURTAD !!

Written By AAKJ on Sunday, September 25, 2011 | 9:31 PM


TRIBUNNEWS.COM - Dua perempuan Muslim membunuh anak perempuan mereka kerana menikahi pemuda beragama Hindu. Keduanya membunuh anak mereka dengan mencekiknya hingga mati. Demikian dilaporkan Daily Mail, Isnin (16/5/2011).

Pengantin baru bernama Zahida (19) dan Husna (26) dicekik hingga meninggal dunia ketika kembali ke rumah setelah menikahi pemuda pilihan mereka. Demikian ujar Anil Kumar Kusan, seorang polis yang bertugas di wilayah Baghpat, negara bahagian Uttar Pradesh, India, tempat kejadian itu berlaku.

Zahida dan Husna berjiran dan jatuh cinta dengan dua pekerja kontrak. Mereka berdua memilih untuk kahwin lari dan kembali ke rumah masing-masing dengan harapan boleh berdamai dengan keluarga. Ibu mereka yang masing-masing bernama Khatun dan Subrato bekerjasama satu sama lain mencekik anak kandung sendiri.

“Kami membunuh mereka kerana membuat malu masyarakat. Bagaimana boleh mereka kahwin lari dengan (pemuda) Hindu? Mereka harus mati dan kami tak punya rasa sesal,” kata Khatun setelah ditangkap.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger