Label 10

Home » » HUDUD BUKAN UNTUK ORANG ISLAM SAJA !! PAS CELAKA HANYA TERJEMAH SEPARUH FIRMAN !!

HUDUD BUKAN UNTUK ORANG ISLAM SAJA !! PAS CELAKA HANYA TERJEMAH SEPARUH FIRMAN !!

Written By AAKJ on Wednesday, September 28, 2011 | 3:17 PM





Di dalam melaksanakan hukum Allah, walau apa alasan mereka sekalipun. Allah SWT telah
berfirman,

“Dialah yang telah mengutus RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar untuk dizahirkan atas seluruh agama yang lain sekalipun orang-orang musyrik membencinya”
[TMQ At-Taubah (9):33].

Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Islam wajib dizahirkan, walaupun orang kafir membencinya sekalipun. Dan Islam hanya akan zahir apabila hukum Allah atau hudud Allah diterapkan. Jadi, alasan bahawa orang kafir tidak faham atau tidak bersedia langsung tidak boleh diterima, kerana Allah menyatakan, walaupun orang kafir membencinya sekalipun, Islam wajib dizahirkan.
Bertambah pedih, apabila hudud Allah hanya dikatakan terkena kepada orang Islam sahaja, manakala orang kafir tidak terkena hudud. Jika kita adalah pemerintah, dan jika kita tidak menerapkan hukum Allah, walaupun ke atas orang kafir sekalipun, maka hukum apakah yang akan kita terapkan ke atas mereka? apakah kita akan menerapkan hukum selain Allah ke atas mereka, walhal Allah SWT berfirman,

“Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” [TMQ al-Ma’idah (5):50].

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir [TMQ al-Ma’idah (5):44].

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim [TMQ al-Ma’idah (5):45].

“...dan barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik [TMQ al-Ma’idah (5):47].




Apakah Orang Kafir Terkena Hukum Islam?





“Maka putuskanlah perkara atas mereka menurut apa yang Allah turunkan (hukum Islam), dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran (hukum Islam) yang telah datang kepadamu”

[TMQ al-Maidah (5):48].


Allah juga berfirman,



“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu”




[TMQ an-Nisa (4):105].

Ayat-ayat ini berbentuk umum dan ada ayat yang mana Allah menggunakan lafaz “manusia” yang menerangkan kepada kita bahawa, dalam keadaan kita mengadili sesuatu kes atau ingin menghukum, maka hukum Allah-lah satu-satunya hukum yang wajib dilaksanakan ke atas semua manusia bukannya ke atas orang Islam sahaja) dan langsung tidak ada kebenaran/perintah dari Allah untuk kita (orang Islam) berhukum atau menghukum manusia dengan hukum selain hukum Allah.

  

Contoh yang mudah sahaja seperti hukum potong tangan untuk si pencuri – ini adalah hukum negara di mana tidak kiralah sama ada pencuri itu Muslim atau kafir, maka wajib dipotong tangannya. Begitu jugalah dengan hukum rompak, bunuh, judi, riba, rogol, zina dan sebagainya. Hukum Islam adalah hukum yang wajib diterapkan oleh pemerintah ke atas setiap warganegara.



Selain ini, terdapat banyak hadis yang jelas menunjukkan bahawa orang-orang kafir yang hidup di dalam Daulah Islam adalah dihukum menurut hukum Islam atas kesalahan yang telah mereka lakukan.

Dalam sebuah hadis riwayat dari Anas,

“Seorang Yahudi telah menyepit kepala seorang perempuan dengan dua buah batu. Kemudian ditanyakan kepadanya siapakah yang melakukannya? Ia menjawab, ‘sifulan atau sifulan’ dengan menyebut nama seorang Yahudi. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam bertanya, ‘Apakah engkau telah menyepit kepalanya?’ Yahudi itu akhirnya mengakui perbuatannya. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam memerintahkan untuk menyepit kepala Yahudi itu dengan dua buah batu (iaitu membunuhnya)”.

Dalam riwayat Muslim disebutkan, “...maka ia dibunuh lantaran ia datang kepada Nabi dengan menyerahkan jiwanya”


Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,




“Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”.

Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan, “Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].


Kepada mereka yang ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak ta'sub sesama manusia, maka fikirkanlah sebaik-baiknya akan hal ini. Semoga Allah SWT memberikan anda semua kesedaran dan kekuatan agar tetap teguh dengan perjuangan menegakkan agama Allah dan tidak menggadaikan perjuangan sedikitpun.

Rujukan: Hizbut Tahrir Malaysia


***Jadi, ularmak PAS selama ini berhukum dengan hukum mana yang mengatakan hudud hanya untuk orang ISLAM?!!

TQMYMASSA
Share this article :

+ comments + 1 comments

September 29, 2011 at 12:59 AM

alahai.... kalau dah betui apa hg kata Awang... awat hg x suruh Umno laksanakan hudud? Bila baca ayat2 yg hg petik tu maka aku rasa semuanya kena pada Umno yg menolak pelaksanaannya dgn alasan x bersedia... Bila pulak umno nk ready ni sedangkan usaha ke arah tu pun x ada? Tunggu kiamat dulu ke AAKJ?... Ataupun oleh krana hudud ni mesti dilaksanakan ke atas semua termasuk bukan Islam so umno x nak laksanakannya?

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger