Laporan polis ini diterima dari seorang rakan India kami yang mendedahkan salahlaku seorang ahli PKR bernama Anuradha @Geetha (ringkaskan nama sebagai Anuradha) yang telah menalipon seorang wanita India yang nama dan butiran kami rahsiakan untuk keselamatan dan kita panggil saja nama dia Laksmi.
Anuradha terlibat dalam satu sindiket menipu keahlian bersama seorang lelaki bernama Palani. Dia telah datang membawa senarai 500 nama untuk diisi dalam 3,000 borang keahlian PKR yang diberi untuk diisi dan ditandatangani oleh Lakshmi dengan sedikit upah.
Bila dia sedar perbuatan ini salah, Laksmi berhenti mengisi setelah sudah mengisi nama sebanyak 115 borang keahlian. Sila lihat contoh borang-borang yang telah di isi secara palsu:
Laksmi dihubungi oleh Anuradha untuk menyerahkan borang yang sudah siap tapi dia buat pelbagai helah untuk tidak mahu serahkan. Maklumlah perkara ini salah. Itu yang Anuradha telah mengugutnya di dalam perbualan talipon dengan ibu Lakshmi.
Rakan PKR kaum India itu memberi kami maklumat dan dokumen ini untuk didedahkan betapa buruk dan jijiknya politik dalaman PKR hingga sanggup ugut mengugut. Jadi berapa kali ganda keleontong PKR tentang jumlah keahlian mereka. Kalau 300,000 tu agaknya cuma 30,000 kot???
Ini rupanya cara pemimpin PKR menang jawatan dalam PKR. Agaknya begini jugakah cara Azmin menang?
Post a Comment