Label 10

Home » » GEMPAR !! SIAPA BAWA MASUK PELACOR CHINA KE KL !!

GEMPAR !! SIAPA BAWA MASUK PELACOR CHINA KE KL !!

Written By AAKJ on Wednesday, September 21, 2011 | 1:49 PM

PELACUR China berkeliaran di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Pudu, Kuala Lumpur semalam.

 
Tinjauan wartawan Kosmo! Ahad semalam mendapati, bukan sahaja di pintu tandas, kali ini pelacur warga China itu semakin ramai berkeliaran mencari pelanggan termasuk di depan eskalator dan tangga pasar raya berkenaan.
 
Difahamkan, selain memenuhi nafsu lelaki tempatan, bilangan pelacur itu bertambah bagi memenuhi permintaan tinggi terutama di kalangan lelaki warga asing seperti Bangladesh, Nepal dan Myanmar.
 
Kebanyakan warga asing yang bercuti semalam merupakan pelanggan tetap kepada pelacur di pasar raya berkenaan berdasarkan cara mereka berbual dan sudah mengenali nama-nama sesetengah pelacur terbabit. Ketika ditanya oleh wartawan, ada di kalangan lelaki warga asing mengaku perkhidmatan seks murah itu dianggap sebagai terapi kepada mereka sebelum memulakan tugas semula pada minggu depan.
 
Selain itu, 'kupu-kupu' China itu terpaksa bekerja keras melayan bilangan pelanggan lebih ramai daripada biasa pada hujung minggu. Malah ada di kalangan mereka sanggup melayan lima pelanggan sehari asalkan mendapat bayaran.
 
TQKOSMO
KUALA LUMPUR - Bagaikan pesta jual tubuh!Kegiatan 'kupu-kupu' China di sebuah pasar raya di Jalan Pudu di sini didapati semakin menjadi-jadi semalam dan jumlahnya bertambah ramai pada hujung minggu.
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger