Gambar ini MyMassa dapat dari akhbar Selangor Times yang diedarkan di masjid dan surau semasa solat Jumaat.
-Salah guna wang rakyat oleh parti pembangkang amat ketara.
Mereka membelanjakan RM100 kepada ahli parti mereka dalam Program Kerajaan Negeri Selangor.
Lihatlah gambar ini bagaimana 'warga emas' yang terpilih dapat berbelanja dengan wang rakyat.
Nampaknya pembangkang berbangga dengan kejayaan mereka menyonglap duit rakyat untuk diberikan kepada kroni-kroni mereka.
Ada seorang peserta wanita dengan bangganya menayangkan beg plastik berlogo PAS dalam gambar tersebut.
Inikah yang diperjuangkan oleh PAS dalam Negara Berkebajikan? Kebajikan untuk ahli parti membeli belah.
Tahniah pembangkang. Setelah menjadi Kerajaan, anda jilat balik ludah anda yang menuduh BN dengan Nepotisme, Kronisme dan Salah Guna Kuasa.
Selain daripada merasuah ahli parti, Skim Jom Shopping juga digunakan untuk merasuah pengundi atas pagar yang telah dikenalpasti dengan harapan orang yang telah dirasuah sebanyak RM100 akan mengundi mereka dalam PRU akan datang.
Sungguh pandai pembangkang. Dengan menyasarkan golongan usia emas, mereka telah cuba mempengaruhi golongan ini yang merupakan opinion leader dalam sesebuah keluarga. Dengan membeli jiwa ketua keluarga, anak-anak orang yang mendapat RM100 dari pembangkang akan disuruh oleh ibubapanya untuk mengundi mereka.
Kepada UMNO Selangor, jangan memperkecilkan strategi terbaru pembangkang ini. Anda perlu mengemukakan satu strategi baru untuk counter balik tindakan yang dibuat oleh pembangkang.
TQMYMASSA
Doktor tersilap potong kaki pesakit
-
Oleh – Syeikh Baran Seorang lelaki di Kanada terkejut apabila mendapati
pakar bedah tersilap memotong kaki kirinya sejurus tersedar daripada
pembedahan, ...
7 hours ago
Post a Comment