Sapa kata komunis tak pernah perintah tanah melayu, komunis berpeluang memerintah tanah melayu selama 14 hari, dua minggu, ada berberapa fakta penting yang kita kena tahu semasa permerintahan komunis...
Selapas jepun menyerah kalah, berlakulah kekosongan dalam sistem pemerintahan tanah melayu selama 14 hari, dalam masa itu komunis telah melakukan berberapa perkara yang mengguris perasaan orang melayu dan cina, antaranya ialah...
Parti komunis malaya (PKM) menguasai tanah melayu melalui MPAJA (malayan people anti japanese army) selama 14 hari. MPAJA juga dikenali sebagai tentera Bintang Tiga.
- MPAJA menguasai kawasan bandar, balai polis dan pejabat kerajaan.
- MPAJA jatuhkan hukuman sesiapa yang disyaki bekerjasama dengan Jepun.
- Cukai kepala, cukai harta, cukai tanah diperkenalkan oleh MPAJA.
- Menculik dan menyeksa orang melayu yang disyaki bersubahat dengan Jepun.
- Menghukum (tampa perbicaraan) orang cina yang tidak mahu berkerja sama dengan mereka.
- Merampas dan merompak harta benda orang kampung
- Di Batu Pahat, PKM membunuh penghulu melayu kerana disyaki bersubahat dengan Jepun.
- Seorang Pegawai Daerah melayu yang cuba berunding dengan PKM dibunuh.
- Di Jelebu, masjid dan surau telah dicemarkan.
- Di Kg Bakor dan Sg Manik, Perak, rumah-rumah orang melayu dibakar
- Berlaku ketegangan kaum kerana kebanyakan anggota PKM terdiri daripada orang cina.
- Orang melayu bersatu dan bangun menentang PKM.
- Orang melayu pimpinan kiai salleh karim bergabung tenaga untuk menyerang orang cina yang jadi tali barut komunis di Bandar Batu Pahat.
- Dato’ Onn Ja’afar ketika itu Pegawai Daerah Batu Pahat menghalang serangan tersebut.
Dan akhirnya ketegangan dan huru hara selama 14 hari pemerintahan komunis itu berjaya di atasi apabila pihak british kembali ke tanah melayu dan memperkenalkan pemerintahan BMA (British Military Administration) pada bulan september 1945.
tqdet
Post a Comment