Label 10

Home » » BONGKAR !! "KAMPUNG CINA" TAK BOLEH D KORBANKAN !!? tuiHH KG MELAYU BOLEH D SODOK !!

BONGKAR !! "KAMPUNG CINA" TAK BOLEH D KORBANKAN !!? tuiHH KG MELAYU BOLEH D SODOK !!

Written By AAKJ on Saturday, September 3, 2011 | 10:29 PM


Sejumlah peniaga di Petaling Street atau disebut juga sebagai Chinatown sekalipun tidak rasmi, mengamuk sakan bila kawasan perniagaan mereka terlibat dalam perancangan pembinaan MRT Mereka telah menerima surat pengosongan premis daripada pihak berkuasa bagi membolehkan projek MRT dijalankan.

Siaplah!

Kita tengok nanti, siapa yang paling kuat melompat. Sebelum ini, Tony Pua awal-awal lagi dah menyatakan bantahan terhadap projek MRT apabila mendapat tahu ada kawasan Cina yang terlibat dalam projek berkenaan.

Sebenarnya tiada apa-apa yang hendak dihairankan. DAP telah membantah projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) melibatkan 20-40 keluarga Cina yang menduduki secara haram di atas tanah milik Tenaga Nasional di Kampung Sungai Terentang, Rawang. Projek berkenaan akhirnya terpaksa dilencongkan dan kampung setinggan Cina itu 'berjaya' diselamatkan ekoran kerajaan negeri Selangor tunduk kepada desakan DAP.

Anehnya, orang Melayu berpindah seperti yang diminta oleh TNB dan Ronnie Liu, Exco Perumahan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan mengusulkan agar talian kabel yang sepatutnya hanya mengambil jarak 0.9 kilometer melalui dan merentasi Taman Tun Perak, Kampung Dusun Melayu, Kampung Sungai Samak dan kawasan perindustrian di Batu 17 dan Batu 15 1/2 Rawang yang berjarak 7.3 kilometer agar kawasan setinggan Cina di Sungai Terentang di atas tanah TNB tidak terusik.

Bimbang dengan kemungkinan kononnya berlaku rusuhan kaum, projek tersebut dibatalkan!

Apakah nasib MRT di Petaling Street juga akan mengalami nasib yang sama?

Untuk pembangunan dan kemajuan negara, orang Melayu tidak akan menolak untuk berkorban walaupun adakalanya ada lintah dalam kerajaan yang menghirup pampasan yang mereka terima. Seberapa banyak kawasan Melayu telah dikorbankan untuk pembangunan seperti Jalan Bangsar di atas Kampung Haji Abdullah Hukum atau Kampung Datuk Keramat di Kuala Lumpur. Dan bandingkan pula dengan kawasan-kawasan bermajoriti Cina yang sanggup dikorbankan oleh mereka untuk pembangunan dan kemudahan pada masa hadapan.

Atas nama keuntungan dan maruah, pastinya Petaling Street akan dipertahankan sehingga ke titisan darah terakhir! Beli tanah Melayu, tak apa... itu perkara biasa... tapi ada Cina yang nak jual tanah, tunggulah sampai kucing tumbuh tanduk!-

Parpukari
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger