Label 10

Home » » BELUM PUN CUKUP SEPENGGAL..AZMIN ALI DAH BERGELAR MULTI JUTAWAN !!?

BELUM PUN CUKUP SEPENGGAL..AZMIN ALI DAH BERGELAR MULTI JUTAWAN !!?

Written By AAKJ on Saturday, September 17, 2011 | 1:41 AM


SUV mewah itu (atas) adalah jenis AUDI, model Q7, yang bukan murah harganya. Bukan calang-calang orang yang mampu membeli SUV tersebut. Harganya lebih 1/2 juta ringgit Malaysia. Mahal bukan? Tentu yang mampu memilikinya hanya orang-orang yang berada dan sudah tidak tahu hendak buat apa dengan duit mereka…
Namun, untuk pengetahuan anda semua, Azmin Alin baru saja membeli sebuah SUV berkenaan. Menurut sumber, nombor pendaftarannya ialah “AS 6″, yang membawa maksud “Azmin Shamsidar anak 6″! Menurut salah seorang ahli keluarga Azmin, kenderaan SUV mewah itu terpaksa disembunyikan di pusat membeli-belah Pavilion, di Bukit Bintang.
... kekayaan Azmin yang dikatakan mempunyai “sumber kewangan tidak terbatas”. Sebut saja berapa, Azmin bisa menyediakan wang sebanyak yang anda sebut. Begitulah disifatkan kekayaan Azmin Ali sejak berkhidmat dengan Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, kita hanya mendengar laporan bahawa Azmin memiliki kereta mewah berkuasa tinggi, Ferrari sahaja. Sebagaimana kita tahu, ferrari juga mahal harganya. Jika anda bukan jutawan, jangan bermimpi untukmemiliki kereta idaman ramai ini. Namun kini, kita diberitahu bahawa Azmin baru beli Q7 pula. Banyak betul duit Azmin, ye?
Saya tidak cemburu dengan kekayaan Azmin. Menurut sumber, seluruh anggota keluarga Azmin pun tidak hairan dengan kekayaan Azmin. Mereka sudah dari dulu tahu kekayaan Azmin. Seawal penglibatannya dengan Anwar, Azmin sudah membawa wang beratus-ratus ribu ringgit.
Menurut Azmin sendiri, wang tersebut datangnya dari Tauke Wong, tauke balak dari Sarawak. Itu dahulu. Kini, Azmin lebih “advance” kerana memiliki sumber dana dari luar negara. Khabarnya dari puak-puak Yahudi dan Zionis yang menyokong Anwar. Mungkin itu hasilnya “menjual isteri” kepada “pelanggan China Doll” yang juga seorang peliwat itu.
Cuma, saya tertanya-tanya, di dalam kemeriahan Azmin yang dilimpahi wang beratus-ratus juta itu, mengapa PKR sering menyatakan bahawa parti mereka tidak punya wang? Malah Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah sendiri telah menggerakkan tabung dana PKR bagi menampung perbelanjaan parti itu menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.
“Sengkek” sangatkah PKR sehingga terpaksa meminta dan merayu derma dari orang ramai, khususnya anggota parti itu? Sedangkan pemimpin-pemimpin PKR, terutamanya Azmin, secara peribadinya begitu mewah berbelanja benda-benda mahal. Berapa sangatlah dana untuk PRU berbanding harga sebuah Ferrari dan Q7?

Sedutan dari Perak Today sini
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger