Petikan dari buku "Mahkamah Sahkan Ada Konspirasi', terbitan IKD 2005
AIDCNews – 29/09/11 – Fakta ini bersumberkan buku yang diterbitkan oleh badan pemikir Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) yang menyebut Azmin Ali dan Shamsidar Taharin membawa anak perempuannya ke Singapura untuk menjalani ujian DNA.
Ujian DNA dibuat di Institute of Science and Forensic Medicine, Singapura pada 2 Julai 1998.
Kenyataan badan pemikir Anwar ini mengundang dua persoalan besar.
Pertama, jika Azmin dan Shamsidar benar-benar yakin ‘anak yang dituduh itu’ adalah anak mereka kenapa mereka sendiri tidak yakin dan perlu menjalani ujian DNA hingga sampai ke Singapura ?
Kedua, apakah bukti yang boleh mengesahkan bahawa ujian DNA itu dilakukan
kepada ‘anak yang dituduh’ dan bukannya ‘anak perempuan yang lain‘, kerana bekas Ketua Polis Negara pernah mengeluarkan kenyataan Azmin dan Shamsidar tidak mahu bekerjasama dengan membenarkan ujian DNA dilakukan kepada ‘anak yang dituduh’, malah Anwar sendiri campur tangan dengan melarang ujian DNA dijalankan kepada ‘anak yang dituduh’ serta mengarahkan pihak polis menerima apa sahaja darah, ujian yang diberikan Shamsidar.
Anwar dipecat pada 2 September 1998, kerana dakwaan melakukan hubungan seks luar tabie dengan isteri orang dan lelaki, namun Azmin dan Shamsidar sudah buat persediaan awal, dua bulan yakni 2 Julai sebelum Timbalan Perdana Menteri itu dipecat.
Kerana faktor hubungan sulit dengan Shamsidar juga, Anwar dihadapkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2 November 1998 dan didapati bersalah serta dijatuhkan hukuman penjara selama 6 tahun pada 7 Julai 1999. Klik
di sini dan
sini
Juga berdasarkan faktor itulah bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari mengesahkan
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ‘berperang dingin’ dengan Shamsidar Taharin hingga sekarang.
Sementara itu satu lagi sumber yang membongkar kisah menjalani DNA di Singapura adalah Mohamad Mahti Abdul Rahim, bekas pegawai peribadi arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub.
Mohamad Mahti dalam sidang media sekitar Mac lalu mendedahkan kisah silam persahabatan Anwar dengan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang amat akrab termasuk membantu masalah peribadi.
“Lepas saya beri keterangan kita ada keluar makan dia (Shazryl Eskay) marah-marah pasal Anwar, sebab tak mau jadi saksi dia . Dia maki hamun Anwar, kata apa jadi pun saya akan jatuhkan Anwar. Dia kata Anwar ada ambil duit yang sepatutnya untuk dia. Dia kata dia dah banyak tolong Anwar. Anwar tak guna, sedangkan dia tolong macam-macam.
“Dia kata d
ia bawa Anwar ke Singapora guna kereta kerabat diraja Johor pada tahun 90an pergi buat DNA. Shamsidar dan anak-anak semua dia bawa tiba-tiba Anwar tak mau bantu dia,” kata Mohamad Mahti yang ‘diarahkan’ pihak Anwar untuk membantai Eskay dalam isu video seks tersebut.
Kata-kata Mahti itu diucapkan secara jujur, tanpa menyedari implikasi besar kepada pihak yang disokongnya itu.
Maklumat lanjut, sila baca
di sini dan
sini
TQ AIDC
Post a Comment