Label 10

Home » » ADUHH !! KELUARGA ARWAH SOMALIA ATAU PEMBANGKANG HARAMJADAH TAK PUAS HATI ??

ADUHH !! KELUARGA ARWAH SOMALIA ATAU PEMBANGKANG HARAMJADAH TAK PUAS HATI ??

Written By AAKJ on Monday, September 5, 2011 | 9:35 AM

Pakcik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin, 64-tahun bekas pegawai kerajaan di MINDEF dilaporkan The Malaysian Insiders (MI) menuduh misi tidak lakukan risikan sebelum pergi. Ini bukan kali pertama dijalankan, mereka tahu apa perlu dilakukan dan ianya dah dilakukan bersama pihak Wisma Putra. Baca sini.

Seorang lagi Pak Cik Noramfaizul dilaporkan MI menimbulkan isu tidak dibekalkan jaket kalis peluru. Tak tahulah samada mereka timbulkan isu atau MI letak ayat-ayat ini keluar dari mulut mereka.

Isu jaket kalis peluru dijawab berikut:
Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia Datuk Dr Alwi Abdul Rahman.


Beliau berkata peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar, dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru.

"Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area... masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, dekat sini.

Dr Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lepas akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu.

Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan jurukamera tersebut termasuk bantuan awal oleh pasukan paramedik Australia yang berada di hotel penginapan Allahyarham.

Dr Alwi berkata beliau tiba dari tempat penginapannya kira-kira tiga minit sebaik dimaklumkan, dan mengambil alih tugas merawat mangsa yang kritikal dari pasukan paramedik tersebut.

"Kita beri bantuan pernafasan dan lakukan apa saja untuk menyelamatkan Allahyarham sedaya-upaya, tetapi peluru itu telah menembusi paru-paru dan jantung. Kita juga menerima kerjasama yang baik daripada paramedik Australia," katanya.

Semasa rawatan, Allahyarham langsung tidak memberi sebarang respons dan tidak bergerak, katanya.

"Dia tidak sedarkan diri dan hilang banyak darah. Kita dah sedia nak derma darah jika perlu sebab kita dah kenal pasti jenis darah anggota misi. Peralatan kecemasan yang kita ada di situ pun mencukupi tapi kita memang tidak dapat buat apa-apa," katanya dalam nada sebak.

Katanya usaha menyelamatkan Allahyarham berlangsung dalam suasana pilu memandangkan arwah adalah sahabatnya dan mereka pernah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia sebelum ini.- Bernama
MI nampak jelas mahu jadi batu api. Setiap tulisan mereka menyelit ayat berikut sebagai maklumat latarbelakang:
International media rights watchdog Reporters Without Borders (RSF) said last Friday that 23 media workers have been killed in the war-torn country since 2007.
Selain itu, ada pemimpin Pakatan Rakyat yang jadi batu api mahu tawarkan khidmat peguam percuma untuk saman Misi Kemanusian Kelab 1Putera ini.

Padahal keluarga mereka sudah reda. Berikut dari MI juga tapi diletak di bahagian hujung-hujung untuk tidak kelihatan:

Dalam pada itu, keluarga Noramfaizul menyifatkan kematian Allahyarham sebagai mati syahid kerana meninggal dunia semasa berkhidmat untuk negara.
Ibunya, Naemah Abd Majid berkata, gelaran wira negara wajar diberikan kepada anak sulung daripada enam adik-beradik itu kerana khidmatnya di Somalia berbentuk misi kemanusiaan.
“Sepatutnya (dianggap wira negara), baguslah, Noramfaizul berkhidmat untuk negara dan kerana Allah. Noramfaizul amat dedikasi terhadap tugasnya sebagai jurukamera selama ini yang sanggup mengetepikan apa sahaja hata keluarganya untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai jurukamera.
“Walaupun (kami sekeluarga) bersedih dengan pemergiannya, kami bersyukur kerana Noramfaizul pergi dalam syahid, insya-Allah,” kata Naemah kepada pemberita.
Masih bersedih, Naemah bagaimanapun berkata beliau bersyukur dengan pemergian Noramfaizul kerana masih sempat menatap wajah anaknya buat kali terakhir.
“Saya sempat menyaksikan dan mencium wajahnya walaupun Noramfaizal sejuk kaku (di situ).
“Mak cik sayang anak dan bertambah cantik wajahnya walaupun telah dikembumikan,” katanya.
Sementara itu bapanya, Mohd Nor Mat Yasin berkata, Noramfaizul sempat memesan sambal ikan bilis kegemarannya untuk dibawa bersama ke misi kemanusiaan Somalia.
“Sambal ikan bilis adalah kegemarannya dan beliau memesan untuk membawanya sebagai bekalan di sana,” katanya.
Mohd Nor berkata, Noramfaizul tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum berangkat ke Somalia pada 28 Ogos lalu.
“Beliau juga sempat menelefon kami sekeluarga pada malam raya dan memberitahu keadaannya yang baik semasa di sana,” katanya.
Sudah-sudahlah ... Marilah kita reda kepada kehendak tuhan. MI dan PR memang sentiasa menjadi penghasut dan mahu kucar kacirkan negara.


Kalau dah diiring askar Somalia, mana nak sangka askar pengaman African Union yang lakukan tembakan terhadap misi pengaman?

Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger