THE FALLING MAN10 tahun yang lalu gambar yang paling meninggalkan kesan terhadap aku ialah gambar seorang lelaki berkulit hitam yang terjun dari WTC sebelum ianya runtuh. Aku terlihat gambar dibawah didalam edisi khas 911 Times Magazines yang aku beli seminggu selepas tragedi sadis ini.
Selama 10 tahun aku berfikir;
Siapa lelaki ini?
Siapa ambil gambar ini
Apa yang difikirkan si lelaki disaat akhir hidupnya
Bila seseorang terjun dari WTC mereka akan mencapai kelajuan terminal 150 batu sejam. Masa yang diambil untuk terhempas ke tanah pula adalah lebih kurang 10 saat. Beberapa hari selepas 911 aku banyak mendengar orang berkata
"Kalau terjun dari ketinggian sebegitu aku rasa mati sakit jantung dulu sebelum mati berkecai"
I think this is utter bullshit. Most pictures and videos of jumpers I saw showed them flailing prior to turning into a pool of liquid. I think people who told the story above were just trying to comfort themselves. Believing that someone died before exploding like a watermelon would probably help you sleep easier than thinking about "what were the things these people were thinking in the last 10 seconds of the life"
Selepas dua pesawat menghentam sisi WTC kebakaran besar berlaku akibat kombinasi koktel minyak kapal terbang dan barangan pejabat. Dari laporan saksi, selama sejam setengah hinggalah kedua-dua menara ini roboh mangsa yang terperangkap mula terjun. Ada yang terjun berseorangan. Ada yang berpegangang tangan. Mereka terjun satu persatu menemui ajal mereka. Terjun kerana tidak tahan bahang api yang membakar. Terjun kerana sesak nafas kerana asap yang tebal. Aku tak boleh letak diri aku dalam situasi dimana aku perlu memilih how to die. Kamu boleh? Pilih mahu mati lemas, mati terbakar, mati dihimpap menara yang roboh atau terjun dan membunuh diri kamu dahulu sebelum 3 pilihan kematian yang aku katakan tadi tiba?
Kembali kepada gambar ikonik diatas. Gambar ini diambil oleh Richard Drew, seorang jurugambarAssociated Press. Pada hari kejadian beliau sepatutnya mengambil gambar sebuah pertunjukan fesyen ibu mengandung. Setelah menerima panggilan dari bossnya beliau bergegas ke WTC dan membawa lensa 200MM sekali bagi merakamkan hari yang bersejarah ini. Beliau mula mengambil orang yang terjun dari bangunan. Dalam banyak-banyak gambar yang beliau ambil gambar diatas ialah gambar yang paling menarik perhatian beliau. Tidak seperti gambar pelompat lain mangsa didalam gambar diatas nampak tenang. Seakan menerima nasib dan ajal beliau. Fakta menarik tentang Richard Drew ialah beliau jugalah jurugambar yang mengambil gambar Senator Robert Kennedy selepas beliau ditembak oleh Sirhan Sirhan pada tahun 1968
Siapakah mangsa diatas? Pada awalnya beliau dikenal pasti sebagai Norberto Hernandez, seorang pekerja restoran yang berasal dari Puerto Rico. Tetapi selepas ahli keluarga Norberto yang diberikan beberapa keping lagi gambar yang diambil oleh Richard Drew, mereka menolak kemungkinan lelaki didalam gambar itu adalah Norberto. Identiti lelaki ini akhirnya dikenalpasti sebagai Jonathan Briley (43) seorang pekerja restoran Windows of The World yang berada di tingka 106 dan 107.Jonathan berasal dari New York dan mempunyai seorang isteri. Jasad beliau berjaya dikenal pasti oleh abang beliau melalui kasut dan baju berwarna jingga yang dipakainya. Kasut yang dipakai beliau kini diletakkan didalam garah milik abang beliau sebagai memorial bagi Jonathan.
Sepuluh tahun sudah berlalu. Akhirnya dua persoalan yang muncul didalam kepala aku sedekad lalu terjawab. Satu sahaja soalan yang masih menjadi misteri dan tidak akan aku ketahui iaitu jawapan kepada apa yang difikiran Jonathan Briley beberapa ketika sebelum ajal.
Whatever it is I hope god is merciful on his soul. RIP
Diolah dari Michelle Malkin
Post a Comment