Label 10

Home » » 16SX !! MENANTU GADDAFI MODEL SEPARUH BOGEL ?!!!

16SX !! MENANTU GADDAFI MODEL SEPARUH BOGEL ?!!!

Written By AAKJ on Thursday, September 29, 2011 | 11:58 PM



HANNIBAL GADDAFI bergambar bersama isterinya di atas sebuah bot yang diperoleh dari komputer peribadi miliknya oleh bekas pemberontak Libya. - AFP

TRIPOLI - Gambar-gambar yang diperoleh agensi berita Associated French Press (AFP) mendedahkan bahawa anak lelaki Muammar Gaddafi, Hannibal dan isterinya hidup penuh mewah dan gemar berfoya-foya semasa pemerintahan bapanya.

Dalam puluhan gambar itu yang ditemui dalam sebuah komputer riba milik Hannibal, 36, dia dan isterinya, Aline Skaff yang berasal dari Lebanon dan model pakaian dalam dilihat berparti di beberapa ibu kota Eropah, di dalam sebuah jet peribadi dan di atas sebuah bot mewah di perairan Mesir.

Gambar-gambar berkenaan diserahkan kepada AFP oleh beberapa bekas pemberontak Libya.

Hannibal dan isterinya pernah mendapat liputan meluas kerana mencetuskan ketegangan diplomatik dengan Switzerland apabila pasangan itu ditangkap di sebuah hotel mewah di Geneva pada 2009 kerana didakwa menyerang dua bekas pembantu mereka.

Selepas kejatuhan Tripoli pada bulan lalu, seorang pengasuh warga Habsyah turut mendakwa, dia dipukul dengan teruk dan mengalami kesan melecur yang serius semasa bekerja untuk pasangan tersebut.

Gambar-gambar lain menunjukkan mereka menginap di bilik-bilik hotel mewah, meluncur udara, menyelam skuba dan melawat zoo Tripoli.

Skaff, 31, pula kerap beraksi ghairah di atas katil dan di tepi pantai manakala beberapa gambar turut menunjukkan pasangan itu dikelilingi botol arak walaupun alkohol diharamkan di Libya. - AFP












TQANAKSEBERANG
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger