Tak takut anak masuk gereja konon.
Dey Wardina, Lina Joy tu bapak dia alim jugak. Pendidikan agama cukup, tetapi kenapa masih murtad?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak
dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang
terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.
Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang
sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke
sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh
melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan
ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak. Dia dibesarkan
dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh
tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata,
tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi
azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia
hafal. Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan
dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi
keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung
dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk
di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya.
Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL
begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah!
Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh
murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan
begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata
sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi
forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan
jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta
Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan.
Mubaligh Kristian ni sentiasa bersedia memurtadkan orang Islam. Tetapi kita ni yang selalu leka bahawa musuh kita sentiasa mencuba nasib.
Kepada Wardina, hidayah tu milik Allah. Pengikut Ayah Pin tu belajar sampai ke Al Azhar pun boleh murtad.
Tugas melakukan tinjauan ke perkampungan Ayah Pin diteruskan untuk tempoh panjang dan dilakukan secara bergilir dengan wartawan lain sehingga kes pengikut Ayah Pin termasuk bekas ustazah, Kamariah Ali yang menggemparkan negara apabila mengaku murtad dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.
Selepas menjadi orang buruan selama empat tahun, Ayah Pin didakwa kembali ke markasnya di Hulu Besut dan sering berulang alik ke perkampungan Orang Asli di Gua Musang, Kelantan. Tahun lalu pemimpin ‘Kerajaan Langit’ itu dikesan cuba menyebarkan ajarannya dengan kaedah lebih canggih menggunakan laman sosial Facebook tetapi sehingga kini dia gagal diberkas.
Apabila mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun terhadap Kamariah yang juga bekas lulusan Universiti Al-Azhar pada Mac 2008, saya sudah kembali ke ibu pejabat dan sepanjang mengikuti perbicaraan itu, Kamariah begitu tenang, tidak banyak bercakap tetapi murtad.
So, janganlah cabul sangat mulut tu. Nanti Allah S.W.T duga baru tau.
*Tak payah kita orang biasa ni, anak Nabi Nuh A.S pun tak dapat hidayah. Apa lagi orang yang macam Wardina yang masih dalam dunia hiburan.
tqmymassa
Post a Comment