Label 10

Home » » UPDATES !! JADI KE PADERI GAY NI KAWIN HARI NI ?? !!

UPDATES !! JADI KE PADERI GAY NI KAWIN HARI NI ?? !!

Written By AAKJ on Wednesday, August 31, 2011 | 10:05 AM

Paderi gay yang mahu kahwin pada Ogos 31


Reverend Ouyang Wen Feng ialah seorang gay warga Malaysia yang akan berkahwin dengan pasangan lelakinya di Amerika Syarikat pada Hari Kebangsaan kita.


Rev Ouyang seorang bekas wartawan yang pernah menulis kolum di akhbar Sin Chew Daily selama lapan tahun. Dalam setahun dua ini pula, dia telah menyumbangkan berpuluh-puluh rencana kepada Malaysiakini.
Antara lainnya, Ouyang menulis bahawa orang Malaysia adalah homofobia. Dia juga menggesa supaya dimansuhkan undang-undang negara berkaitan tingkahlaku jenayah yang disifatkannya sebagai menindas amalan homoseks.
Selain melangsungkan upacara perkahwinannya di New York tulat, Ouyang juga merancang hendak mengadakan jamuan makan malam perkahwinan di Malaysia pada tahun depan.
Posting ini tidak ingin berbincang tentang komuniti gay ataupun larangan agama terhadap hubungan sejenis.
Sebaliknya saya hanya ingin meninjau apakah reaksi mereka yang paling lantang menyokong ajaran sesat Teko di Langit (fahaman Malaysian First DAP).
Polemik Malaysian First menuntut setiap orang Malaysia wajib mengaku dirinya Malaysian First. Lalu identiti bangsa dan agama tidak boleh diletakkan sebaris dengan pengenalan diri sebagai seorang Malaysian.
Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Hannah Yeoh, Tony Pua dan juak-juak mereka tak habis-habis mencemuh timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin apabila beliau memandang dirinya Malay First.


Para pembaca Malaysiakini pengikut tegar DAP yang cuba memaksa semua orang mengikut acuan Malaysian First jugalah yang paling kuat memberi sokongan kepada Ouyang serta ‘political statement’nya sengaja memilih Ogos 31 sebagai tarikh hari perkahwinan.
Hendak saya ajukan satu soalan mudah sahaja. Ia begini:

Adakah mereka yang menyokong Malaysian First dan pada masa yang sama menyokong tindakan Ouyang beranggapan bahawa paderi itu mampu bergelar Malaysian First, yakni membelakangkan lain-lain identiti diri (misalan fitrah seksualnya) dan mengutamakan faktor kewarganegaraannya?

DAP terlalu ghairah mencabar supaya semua mesti menggelar diri Malaysian First. Namun penyokong DAP yang memberi sokongan padu kepada Rev Ouyang akan menepis cadangan bahawa mungkin dia sebenarnya Gay First, Christian Second dan Malaysiannya entah pada takuk yang ke berapa.

TQHELENANG
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger