Label 10

Home » » TERKINI !! LAPORAN JAIS SEBULAN LAGI BARU SIAP - MB GAGAP !!

TERKINI !! LAPORAN JAIS SEBULAN LAGI BARU SIAP - MB GAGAP !!

Written By AAKJ on Tuesday, August 30, 2011 | 8:57 PM


Isu gereja: Laporan JAIS akan siap dalam sebulan lagi - MB

30/08/2011 5:45pm

SHAH ALAM 30 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memohon tempoh sebulan lagi untuk menyiapkan laporan mengenai pemeriksaan yang dilakukan jabatan itu di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lepas, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat oleh jabatan itu pada Khamis lepas semasa beliau mengadakan perjumpaan dengan wakil JAIS dan Harapan Komuniti, penganjur majlis makan malam di gereja itu.

"Pada perjumpaan itu, JAIS menyatakan mereka masih belum menyiapkan laporan dan kami memutuskan untuk memberikan masa kepada mereka bagi menyiapkan laporan itu dan tindakan lain yang perlu,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di dataran Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Abdul Khalid, bagaimanapun enggan mendedahkan butiran yang dibincangkan pada perjumpaan itu dan hanya berkata, perjumpaan membabitkan tiga bahagian.

"Yang pertamanya untuk mengesahkan fakta (berkaitan pemeriksaan dilakukan JAIS di gereja itu), dan kemudian untuk mengesahkan prosesnya (hak JAIS mengadakan pemeriksaan itu) dan akhir sekali sama ada pemeriksaan itu adalah perkara biasa ataupun tidak.

"Daripada situ, kami boleh buat rumusan untuk memperkemaskan laporan dan untuk mencadangkan tindakan lain,” katanya dan menurutnya beliau akan mengadakan dua lagi perjumpaan dengan JAIS.
Abdul Khalid berkata, JAIS berpendapat mereka mempunyai kes prima facie berdasarkan keterangan yang dikumpul berkaitan pemeriksaan di gereja itu.

 – Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger