Label 10

Home » » SUAMI AMBIGA D TEMUI !! wooOOOW TAMIL MARI ??

SUAMI AMBIGA D TEMUI !! wooOOOW TAMIL MARI ??

Written By AAKJ on Monday, August 1, 2011 | 6:08 PM

Kenapa tidak banyak yang diketahui mengenai suami Ambiga? Yang ke depan hanya dia, tetapi sedikit tidak diketahui akan pasangan hidupnya.

Posting berikut kami ambil dari blog Rakyat Malaysia:

Chotta Rajan yang dikatakan bersembunyi di Malaysia. Siapa melindunginya?

Terkejut membaca berita bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar pulang dua individu, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE), ke Sri Lanka baru-baru ini .

Dua orang yang mempunyai kaitan dengan LTTE dan ditahan di bawah ISA dan diusir balik ke Sri Lanka. Butiran lanjut tentang pengusiran dua yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas antarabangsa itu akan didedahkan hari ini.

Berapa ramai lagi pengganas LTTE masih bersembunyi di Malaysia? Apakah Malaysia menjadi tempat persembunyian mereka?

Bagaimana mereka boleh lolos? Apakah ada bantuan pihak-pihak tertentu di Malaysia melindungi pengganas dari India ini? Bagaimana mereka boleh berleluasa di Malaysia?

Pada 3 Mei lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Malaysia tidak pernah menjadi sasaran oleh mana-mana pergerakan pengganas.

Menurut beliau, dakwaan negara ini menjadi sarang rangkaian pengganas untuk merekrut pengikut terutama di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) adalah tidak benar.

"Sehingga hari ini tiada yang perlu dibimbangkan bahawa Malaysia menjadi sasaran pengganas. Bagaimanapun untuk menghadapi ancaman pada masa depan adalah amat penting untuk kita memahami minda dan rancangan penjenayah. Mereka bukanlah terdiri daripada rangkaian militan Islam semata-mata malah melibatkan kumpulan lain," katanya.

Anehnya pada 6 Julai lalu, India Today, dalam edisi terbarunya melaporkan dari New Delhi bahawa penjenayah kedua paling dikehendaki di India mungkin berada di Malaysia.

Pengganas berkenaan mengarahkan pembunuh upahan membunuh wartawan kanan Mumbai yang menulis mengenai aktiviti jenayah antarabangsa yang dilakukan oleh ketua penjenayah itu.

Chhota Rajan, didakwa bersembunyi di Malaysia, dipercayai menghubungi konco-konconya untuk membunuh editor meja jenayah Jyotirmoy Dey dari tabloid MidDay pada 11 Jun lepas.

Rajan, penjenayah kedua paling dikehendaki selepas pengganas Dawood Ibrahim — telah hidup dalam buangan selama beberapa dekad dan mungkin telah menggunakan Malaysia sebagai pangkalannya apabila mengarahkan pembunuhan itu, yang menyebabkan dua orang penerbit rakyat India terkorban.

Pada ketika pegawai kanan polis dilaporkan mengaku mereka tahu Rajan kini berada di Malaysia, Kementerian Dalam Negeri ‘berusaha menafikan’ beriata berkenaan.
Selain itu, bagi mengulang perarakan Hindraf bagi mengekori perarakan Bersih 2007, dipercayai perarakan 3.0 akan melibatkan kaum India. Itu yang pembangkang cuba perbesarkan penahanan 6 ahli PSM.

Baca HHalem analisa mengeni Intraf pula di sini. Intraf dikepalai oleh ketua2 dalam Hindraf juga.

PKR pun mula nak menyerlahkan satu personaliti India yang biadap baru sini dan sini
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger