Label 10

Home » » SAIFUL : SAYA D LIWAT OLEH SEORANG AHLI POLITIK TERKENAL !!

SAIFUL : SAYA D LIWAT OLEH SEORANG AHLI POLITIK TERKENAL !!

Written By AAKJ on Wednesday, August 24, 2011 | 2:34 AM

ahli politik terkenal ?? 99%


Bekas doktor Hospital Pusrawi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa ia merupakan perkataan Mohd. Saiful Bukhari Azlan bahawa satu objek plastik dimasukkan ke duburnya dan beliau diliwat oleh seorang ahli politik terkenal.

Dr. Mohd. Osman Abdul Hamid, yang merupakan saksi pembelaan kedua, berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, bahawa beliau mencatatkan dalam nota klinikal selepas dimaklumkan oleh pesakit itu ketika diperiksa di hospital itu pada 28 Jun 2008.

Beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mohamed Yusof bahawa maklumat itu tidak direkodkan pada hari pemeriksaan itu.

"Mohd. Saiful memaklumkan saya bahawa beliau diliwat selepas saya menjalankan pemeriksaan fizikal. Saya terkejut dan terus mencatatnya sebelum menasihatkannya untuk membuat laporan polis dan diikuti dengan mendapatkan rawatan perubatan di sebuah hospital kerajaan,” kata graduan Universiti Yangoon itu.

Semsa disoal kenapa beliau tidak bertanya pesakitnya apa sebab beliau sakit dan siapa yang memasukkan satu objek plastik ke dalam duburnya, Dr. Osman bersetuju beliau tidak membangkitkan kedua-dua soalan itu walaupun ia amat penting.

Dr. Osman juga memberitahu mahkamah bahawa beliau menyediakan laporannya pada 30 Jun selepas diminta oleh seorang warga kerja hospital yang dikenali sebagai “Azlan” dan juga menyediakan akuan berkanun (SD) atas permintaan seorang peguam yang bertindak bagi pihak hospital.


 - Bernama
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger