Seorang jutawan China di Wilayah Wenling melakukan upacara pengebumian yang dianggap termewah di China untuk mendiang ibunya. Majlis pengebumian itu bernilai kira-kira RMB 5 juta (RM 2.5 juta).
Majlis itu diadakan di sebuah sekolah menengah di bandar Wenling. Perarakan membawa mayat disertai oleh sejumlah limousin dan kereta-kereta mewah yang lain, dan turut membuat persembahan adalah daripada 20 band muzik. Kawasan itu dilapisi oleh karpet, puluhan ribu bunga, 16 meriam dan 8 kamera untuk proses merakam upacara itu. Ia turut disertai oleh kira-kira 10 ribu orang.
Post a Comment