Label 10

Home » » RECALL !! KES MURTAD PENANG DAP SEPI DAN JAIS MASIH BERTARING KETIKA ITU !!

RECALL !! KES MURTAD PENANG DAP SEPI DAN JAIS MASIH BERTARING KETIKA ITU !!

Written By AAKJ on Sunday, August 21, 2011 | 11:39 AM

RENTETAN PERISTIWA
Tahun 2010

Ogos 13: Seorang pembekal gas Fong Mee Hui memeluk Islam; nama Islamnya Fatimah Fong binti Abdullah

Okt 26: Fatimah Fong (FF) menuntut cerai di mahkamah syariah

Okt 27: FF diberikan hak penjagaan anak oleh Mahkamah Syariah Shah Alam

Nov 8: FF ditemani pegawai-pegawai Jais serta polis merampas Tan Yi Min, anaknya yang berumur 7 tahun, dari kawasan sekolah di Butterworth, Pulau Pinang

Nov 9: Yi Min diIslamkan di Selangor; nama Islamnya Eilliyah Fong Abdullah

Nov 11: Tan Cheow Hong (TCH: bapa Yi Min) seorang penolong pengurus pemasaran memohon summons (surat panggilan) supaya anaknya dipulangkan

Dis 13: TCH diminta menghadir diri di mahkamah syariah

Dis 27: Hakim mahkamah sivil di Pulau Pinang menemuramah TCH, FF dan  Yi Min dalam kamar

4 Jan 2011: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memberikan hak penjagaan anak kepada FF

MAKLUMAT LATAR

2001: TCH mengahwini FF; ia merupakan sebuah perkahwinan sivil membabitkan dua individu Cina

2003: Anak kecil ini hasil daripada perkahwinan Cina, kedua-dua ibubapanya bukan Muslim tatkala Yi Min dilahirkan

2007: Pasangan FF dan TCH berpisah sewaktu Yi Min berusia 4 tahun

2007-2010: Yi Min diasuh bapa, emak saudara belah bapa serta nenek belah bapanya
Yi Min belajar Darjah Satu di SJK(C) Kwang Hwa, Pulau Pinang.
Yi Min membesar di dalam sebuah keluarga Cina, bertutur bahasa Cina sebagai bahasa ibundanya, dididik dalam adat Cina serta menganuti agama tradisional Cina (Chinese traditional faith belief system).

MENYALAHI UNDANG-UNDANG

(1) Mahkamah syariah telah memberikan hak penjagaan anak kepada FF hanya sehari selepas wanita itu diluluskan perceraiannya oleh seorang hakim mahkamah yang sama. Sebenarnya mahkamah syariah tidak mempunyai jurisdiction (kekuasaan kehakiman) ke atas seorang budak Cina bukan Islam

(2) Sekiranya sebuah perkahwinan dirasmikan di bawah bidang kuasa undang-undang sivil, maka perkahwinan tersebut harus juga dibatalkan mengikut lunas-lunas perundangan sivil. Penceraian yang diperolehi FF bersifat unilateral (satu pihak sahaja)

(3) Tertakluk kepada undang-undang sivil negara, seorang budak bawah umur tidak boleh ditukar agamanya tanpa persetujuan kedua-dua ibubapa; TCH tidak merestui anaknya masuk Islam dan dengan itu, haknya sebagai seorang bapa telah dicabuli



GAGAL MENEGAKKAN KEADILAN  (1) Pada hari ‘penculikan’ (Nov 8), Jais dan pegawai-pegawai polis berada di SJK(C) Kwang Hwa selama dua jam. Keadaan tegang dan huru-hara di sekolah. Guru-gurunya telah mengunci pintu gerbang serta cuba menghalang budak itu dirampas. Yi Min menangis meraung-raung

Polis membantu pegawai penguatkuasa Jais 'merampas' Yi Min dari sekolah


(2) TCH ke balai polis. Polis mengugut untuk menangkapnya serta menyumbatnya ke dalam penjara. TCH diberitahu bahawa dia terpaksa akur dengan perintah mahkamah (syariah)

(3) Penukaran agama Yi Min adalah tidak sah. Cerita seorang budak 7 tahun kononnya mengucap dua kalimah syahadah di depan pegawai-pegawai jabatan Islam sukar dipercayai

(a) Ianya tidak munasabah memandangkan Yi Min terlalu mentah serta dia tidak pernah terdedah kepada ajaran Islam sebelum itu

(b) Yi Min yang menetap di Butterworth, Pulau Pinang, telah dibawa lebih kurang 200km ke Kajang, Selangor dalam perjalanan sehari suntuk pada Nov 8

(c) Pada keesokan harinya (Nov 9), seorang budak kecil Cina yang keletihan dan ketakutan – yang dilari paksa dari sekolahnya di Pulau Pinang sehari awal – didakwa mampu mengucap “ašhadu an la ilaha illa (A)llah, wa ašhadu anna Muhammada(n) rasulu (A)llah, ašhadu an la ilaha illa (A)llah, wa ašhadu anna Muhammada(n) rasulu (A)llah” dengan tepat dan tanpa cacat cela di depan pegawai-pegawai Melayu yang tidak dikenalinya di sebuah pejabat kerajaan yang tidak pernah dikunjunginya … Mustahil?

Akan tetapi kalau tidak diikutkan prosedur masuk Islam, bagaimana pula Yi Min boleh disijilkan Eilliyah Fong Abdullah oleh jabatan agama?

Yi Min merupakan satu kes murtad di mana seorang anak kecil Cina dikeluarkan daripada agama kelahirannya melalui kaedah yang membawa aib kepada kesucian Islam.

Kalau pun hendak diIslamkan, biarlah ia dibuat dengan cara berhemah dan perkara tersebut diputuskannya sendiri apabila Yi Min mencapai dewasa.

MASYARAKAT CINA CUKUP TERKILAN

(1) Berlandaskan adat resam Cina, nama anak adalah mengikut nama keluarga pihak lelaki. Maka Yi Min ialah seorang ahli keluarga Tan

(2) Setelah Yi Min diIslamkan oleh emaknya, namanya ditukar dari Tan Yi Min menjadi Eilliyah Fong Abdullah. Nama Cinanya ‘Yi Min’ terus hilang. Apakah nenek Cinanya yang telah membelai Yi Min dari kecil harus sekarang menggelarnya Eilliyah?

(3) Nama keluarga bapanya ‘Tan’ pula diganti dengan nama keluarga emak, iaitu ‘Fong’. Perbuatan ini amat menghina budaya Cina yang taat menghormati nenek moyang. Bayangkan kalau seorang kanak-kanak Melayu Islam ditukar namanya dari Ali bin Ahmad kepada Ali bin Fatimah

(4) Begitu juga, cuba anda bayangkan suatu situasi di mana sepasang suami isteri Melayu sedang duduk (katakan mereka pekerja expat) di sebuah negara Kristian (katakan Texas di Amerika Syarikat). Si isteri Melayu kemudian memurtadkan anak kecilnya Ali dan ditukar nama budak itu kepada Anthony Andrew (sekaligus dibuang ‘bin’nya) ekoran bersubahat dengan paderi-paderi dan Texas rangers melarikan anak

(5) Ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah pun memberi sebarang komen tentang Yi Min dan jauh sekali mempertahankan hak asasi seorang pemastautin negerinya

(6) Walaupun akhbar Cina dan Melayu ada membuat liputan kes Yi Min, media siber pro-pembangkang sebaliknya sengaja downplay (enggan menghebohkan) implikasi tindakan FF di dalam laporan-laporan mereka. Berbanding bab DUMC, tengok sahaja betapa lantangnya politikus-politikus Pakatan bersuara menggatakan ia satu ‘serbuan’


(7) Jelas bahawa Lim Guan Eng and mereka-mereka yang sewaktu dengannya tidak mahu menyentuh hal tersebut kerana takut sokongan Melayu di Pulau Pinang akan terhakis. Peduli apa dengan nasib seorang budak kecil (ditukar dari sekolah Cina ke sekolah convent dan dipakaikan tudung oleh ibunya) asalkan populariti politikus dijaga dengan tidak menjolok jabatan Islam

Meskipun belum akil baligh, Yi Min dihijabkan pada usia 7 tahun kerana mualaf Fatimah itu seolah-olah mahu menunjukkan dia lebih Islam. Pendekatannya tidak lari jauh dari kerenah Selendang Squad Pakatan.

Sepertimana Lim Guan Eng pekak bisu tentang kes murtad Tan Yi Min, apakah Khalid Ibrahim juga acuh tak acuh jika kejadian murtad di kalangan orang Melayu senegerinya benar berlaku?




CREDIT TO HELEN ANG
Share this article :

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. AAKJ World - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger